Pada
17 Januari 2013 ( Khamis ), 7.30 pagi hingga 12.00 tengahari, seramai 14 orang guru
sesi petang SMK Pending telah mengadakan lawatan penanda aras ke SK Tabuan,
Jalan Setia Raja, Kuching. Lawatan ini di ketuai Penolong Kanan Petang, Puan
Hazel George dan diikuti oleh En. Fong
Mun Cheng, Pn. Anita Hasbi, Pn. Aini Mondra, Pn. Siti Aminah Jusoh, Pn. Nenny
Jimmy, Cik Sia Chiew Siong, Pn. Yeo Ngouk Ngo, En. Robert Nockking, Pn. Catherine
Yee, En. Kamaruzaman Hishar, En. Kolan Bala Apui, Pn. Raja Nurulhuda Raja
Ibrahim, Pn. Norezayu Mohamed Rashid, Pn. Annie Tan, Pn. Sulia Bedang dan En.
Muhd Mujahidin.
Objektif lawatan ke SK Tabuan adalah untuk
mendapatkan pendedahan lanjut serta perkongsian ilmu mengenai Program Guru dan
Program Guru Penyayang. Dapatan lawatan yang diperolehi ialah mendengar
taklimat yang telah disampaikan oleh Pn. Aluyah selaku guru besar SK Tabuan,
melihat budaya sekolah semasa perhimpunan, mengamalkan pendekatan melalui
budaya sayang dan prihatin (love and caring) iaitu pendekatan yang digunakan
untuk menyelami permasalahan seseorang murid yang mana bimbingan berterusan
diberikan untuk membantu murid, mengasah bakat dan potensi murid dengan cara
membina keyakinan diri murid berdasarkan bakat dan potensi iaitu dengan
membenarkan murid membuat persembahan dalam perhimpunan sekolah, penggunaan
slogan Give Me Five bertujuan memastikan murid bersedia pada bila-bila masa :
ibu jari untuk mata, jari telunjuk untuk mulut, jari tengah untuk telinga, jari
manis untuk badan, dan jari kelingking untuk keadaan bersedia.
Di samping itu, dapatan lain yang diperolehi ialah
penerapan budaya bersalam antara guru dan murid agar hubungan guru dan murid
akrab, sikap tolong-menolong dan kerjasama yang diamalkan antara pihak
pentadbir, para guru dan kakitangan sekolah seperti pihak PIBG sekolah memberi
sokongan kuat untuk membantu pihak sekolah yang mana penglibatan ibu bapa
secara langsung dan berterusan dalam aktiviti sekolah seperti membantu
menceriakan kawasan sekolah dan menghias kelas serta majlis rasmi sekolah.
Secara
keseluruhannya, lawatan ini sangat bermakna dan memberi impak positif dalam
menyemai Budaya Sayang dan Prihatin, amanah dan tanggungjawab guru. Justeru
menimbulkan kesedaran akan tanggungjawab dan amanah dalam profesion keguruan .
Budaya yang telah dilihat dan difahami di SK Tabuan
akan cuba diterap dan dipraktis di SMK Pending demi kemenjadian modal insan terutamanya murid sesi petang.
akan cuba diterap dan dipraktis di SMK Pending demi kemenjadian modal insan terutamanya murid sesi petang.