Tatacara Pengunsian Bangunan di Sekolah dan Demontrasi Penggunaan Alat Pemadam Api.


Pada 08 Mac 2014, bersamaan hari Sabtu, bermula pukul 10.00 pagi, Jawatankuasa Keselamatan dan Bencana SMK Pending telah menganjurkan latihan dalam perkhidmatan (LDP) untuk semua para guru di SMK Pending. LDP pada pada hari itu berkenaan dengan tatacara pengunsian bangunan dan demotrasi penggunaan alat pemadam api.
Seramai 9 pegawai bomba dari Balai Bomba Padungan, Kuching telah datang menjayakan LDP ini yang diketuai oleh  PBK II En. Awang Jefri Bin Awang Joni. Seramai 120 orang guru menghadiri ceramah ini. Ceramah Tatacara Pengunsian Bangunan ini telah disampaikan oleh PBK II En. Awang Jefri Bin Awang Joni, seorang pegawai bomba kanan dari Balai Bomba Padungan. Beliau menerangkan bagaimana cara untuk keluar dari bangunan sekolah sekiranya berlaku kebakaran atau kecemasan. Seterusnya, untuk memberi kesedaran dan pengetahuan kepada warga sekolah jika berlaku sebarang kebakaran, penghuni dapat keluar dengan cara yang tenang, cepat, dan teratur. Selain daripada itu, penerangan mengenai punca-punca kebakaran, dan langkah-langkah mengelak kebakaran juga dijelaskan agar kakitangan dapat mencegah kebakaran daripada berlaku.
Manakala sesi kedua ialah demostrasi dan latihan penggunaan alat pemadam api (fire extinguisher)  telah disampaikan oleh En. Shaifuddin dan anggota Bomba yang lain. Latihan tatacara penggunaan alat pemadam api diadakan untuk menerangkan bagaimana caranya menggunakan alat pemadam api. Ceramah tatacara pengunsian bangunan sekolah dan latihan alat pemadam api ini berakhir pada pukul 12.00 tengah hari. ceramah kebakaran ini telah memberi manfaat kepada semua warga guru SMK Pending yang ikut serta. Api amat berbahaya kerana ia tidak mengenal usia, jantina, dan bangsa. Bak kata pepatah ‘kecil menjadi kawan, besar menjadi lawan’

Disediakan oleh,

Pn.     Anielan Sajong
                                                                

 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners