"HIV/AIDS : Awareness and Prevention"



Ceramah ini telah diadakan di bilik APD SMK Pending pada 29 Julai 2010 dari jam 2.00 hingga 3.30 petang. Penceramahnya ialah Pn Annie Tan, Manager Sarawak Family Association, Kuching. Seramai 25 orang peserta terdiri daripada SLAD, PRS dan Kelab Bimbingan dan Kaunseling. Didalam ceramah ini pelajar didedahkan tentang maksud HIV/AIDS, cara penyakit/virus merebak dan cara menghindar jangkitan : "Healthy and Safe Life Style".

Kursus Kepimpinan Pengawas Sesi 2010/2011




Kursus ini dianjurkan bersama Unit HEM dan Bimbingan dan Kaunseling yang diadakan pada 24 Julai 2010 bertempat di Dewan Global SMK Pending dari jam 7.00 pagi hingga 5.00 petang. Seramai 57 orang pengawas sesi pagi menyertai kursus ini. Fasilitator terdiri daripada Guru Kaunseling sesi pagi dan guru disiplin SMK Pending. Pentadbir yang dipertanggungjawab untuk program ini ialah Pn Sii Ai Sian, PK Tingkatan 6. Tajuk ceramah yang disampaikan oleh fasilitator-fasilatitor ialah "Komunikasi Berkesan"., "Ciri Kepimpinan Yang Baik"., dan "Protokol". Latihan dalam kumpulan untuk memantapkan kerjasama dan silaturahim juga dijalankan.

Israq Mikraj




Persatuan Pendidikan Islam telah mengadakan program Israq Mikraj yang diadakan pada 31.7.2010. Pelbagai aktiviti dijalankan antaranya ceramah daripada Pegawai Pendakwah HIKMAH iaitu Ustaz Sarbini Dahlan. Selain itu persembahan nasyid juga diadakan. Diakhir sesi Israq Mikraj ialah sesi soal jawab. Pelajar yang berjaya menjawab dengan betul akan diberi hadiah berupa wang sebanyak RM 5.00.

Perhimpunan Belia Peringkat Negeri

Perhimpunan ini diadakan di Borneo Convention Centre, Kuching yang diadakan pada 23 Julai 2010 dari jam 7.00 pagi hingga 12.30 tengah hari. Seramai 120 orang pelajar yang terlibat dalam program ini dengan diiringi oleh 12 orang guru pengiring. Peserta kagum dengan tempat dan persembahan di Borneo Convention Centre. Kemuncak perhimpunan belia ini ialah ucapan wakil ketua menteri iaitu Yang Berhormat Dato Mawan Ikom Menteri Pembangunan Sosial dan Urbanisasi Sarawak.

Program Orientasi SAHABAT PPDa - Petronas Sekolah Menengah 2010




Program ini diadakan di SMK Petra Jaya pada 10 Julai 2010, dari jam 7.00 pagi hingga jam 5.00 petang. Tema program ini ialah 1 Malaysia Membenteras Dadah.

Seramai 300 orang terlibat dalam program ini yang terdiri daripada guru dan pelajar sekolah-sekolah menengah sekitar Kuching. Aktiviti dikendalikan oleh 19 orang jurulatih Utama (guru) dan 30 orang pelajar sebagai fasilitator.

ceramah dan latihan dalam kumpulan berlandaskan komunikasi berkesan yang diadakan pada sebelah pagi. Manakala pada sebelah petang pula satu ceramah yang dikendalikan oleh tujuh orang Pegawai Petronas telah diadakan berkaitan dengan "Kerjaya Bersama Petronas"

Majlis penutupan dirasmikan oleh Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak, Encik Ellen @ Manium ak Enggang.

Seramai empat orang pelajar SMK Pending telah terlibat dalam program ini, dua orang sebagai peserta manakala dua orang lagi sebagai fasilitator.

 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners