Hari Pendaftaran Pelajar

Pada hari ini iaitu Isnin 31.12.2012 merupakan hari pendaftaran Pelajar bagi semua kelas. Semua pelajar hadir untuk membayar yuran dan mengambil buku teks bagi kelas masing-masing. Pelajar juga berkesempatan untuk membeli alat tulis yang dijual di koperasi. Pendaftaran dijalankan di kelas masing-masing dan ada juga pendaftaran dijalankan di Dewan Global SMK Pending. Berikut gambar-gambar yang diambil bagi menggambarkan suasana tersebut.


 Untuk gambar-gambar yang lain klik di sini

Kem 1 Murid 1 Sukan

     Kem 1 Murid 1 Sukan untuk Pemimpin Kelab Sukan telah diadakan pada 30-31 Oktober di Dewan Global SMK Pending. Kem ini melibatkan 36 oran pelajar yang terdiri daripada pengerusi, Setiausaha, dan Bendahari untuk Kelab Sukan 2013.
     Objektifnya untuk mendedahkan cara mengurus kelab, menganjur program-program seperti pertandingan sukan dan lawatan. Mereka ini dibantu oleh 9  orang pembantu jurulatih yang terdiri daripada pelajar Sains Sukan.
   Jurulatih yang terlibat ialah En. Fong Mun Cheng, En.Kolan Bala Apui, Mohd.Mujahidin, Pn.Siti Nuraya dan En. Mah-Mhad Zul Kennedy.


Hari Anugerah Cemerlang 2012

       Hari Anugerah Cemerlang SMK Pending ini telah diadakan di Dewan Global SMK Pending pada 2.11.2012 yang dirasmikan oleh Datuk Hajah Fatimah Abdullah, Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga. Sambutan secara meriah telah diadakan dengan iringan kompang dan dihadiri kira-kira 250 orang yang terdiri daripada ibu bapa yang ingin menyaksikan sendiri kejayaan anak-anak mereka dalam pencapaian akademik dan kokurikulum. Terdahulu daripada itu Datuk Hajah Fatimah telah menyaksikan mini pameran tentang pencapaiain akademik dan kokurikulum SMK Pending. Dalam ucapannya, beliau menegaskan penglibatan ibu bapa penting dan memberi impak yang baik kepada sekolah dengan melibatkan diri dalam program-program yang diadakan di sekolah seperti aktiviti gotong royong serta keceriaan sekolah. Beliau menegaskan lagi bahawa kehadiran ibu bapa mampu memberi impak yang besar dalam kecemerlangan sekolah dan pelajar.
       Terdahulu daripada itu Tuan Pengetua, En.Ivor Lim telah memberi ucapan mengenai pencapaian SMK Pending dalam peperiksaan awam yang menunjukkan pencapaian yang membanggakan, namun pihak sekolah masih tidak berpuas hati dengan pencapaian ini dan berazam untuk meningkatkan lagi prestasi akademik sekolah. Beliau juga menjelaskan bahawa SMK Pending mempunyai bilangan pelajar seramai 1 576 dari Peralihan hingga ke Tingkatan 6 Atas dan 70.17 peratus pelajarnya mempunyai pendapatan keluarga kurang daripada RM 1000. Daripada jumlah pelajar tersebut 18 peratus pelajar sangat lemah dalam membaca, menulis dan mengira.

                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                 

READ2012 – One Nation Reading Together


Every Flip of a Page Brings Knowledge – reads the theme of the READ2012 campaign. Organised by Scholastic, publisher and distributor of children’s books, and held in collaboration with the Ministry of Education, this campaign is aimed at promoting and fostering appreciation for books among school children. It was actually a week-long 1Malaysia Reading Campaign, culminating on 24 October 2012 when students across Malaysia set aside 2, 012 seconds or 33.5 minutes to read together. 

Since it was SMK Pending’s maiden participation in the campaign, the 166 avid readers from the lower secondary who were gathered in Dewan Global, were burning with flames of excitement and enthusiasm. Fanning the flames and hoping that they would continue to be ablaze was Pengetua, Ivor Emmanuel Lim who, in his speech, called upon students to develop good reading habits. 

“Reading is important as it helps us to amass a wealth of knowledge. Not only will reading improve your writing skills, it will also enhance your critical thinking. Students who read will be better off than those who don’t. Those who read will not only excel academically, but will also go on to become more effective members of the society because of the knowledge they have gained from reading widely.”

Also present were Penolong Kanan Petang, Puan Hazel George and teachers in the afternoon session. Days before the event was held, posters shouting messages encouraging students to read were hung in various strategic places. Students were reminded to bring a storybook to read on the day of the event. Boxes of storybooks were also prepared by diligent teachers for those who did not own one. 

For its participation, the school will be rewarded with 50 English storybooks, courtesy of Scholastic. Kudos to the teachers and students who had come together to make the event a resounding success. It was a privilege to have you all on board. 

Prepared by
Sim Siaw Phing



Cenderahati Premium BSN Skim Hadiah Pelajar Cemerlang Yayasan Sarawak 2012


Pada 23.10.12 telah diadakan penyampaian Sijil Simpanan Premium kepada pelajar yang cemerlang dalam PMR dan SPM. Seramai empat orang pelajar SPM yang menerima Sijil Simpanan Premium berjumlah RM 500 00 manakala pelajar PMR mendapat sebanyak RM 200 00. Hadiah berupa Sijil Simpanan Premium ini telah disampaikan oleh Tuan Pengetua En.Ivor Lim



 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners