Klinik Sepak Takraw (Pelajar) dan Kursus Kepengadilan Sepak Takraw (Guru) Tahap 1 Peringkat Negeri Sarawak 2013

Klinik Sepak Takraw  (Pelajar) dan Kursus  Kepengadilan Sepak Takraw  (Guru)  Tahap  1 Peringkat Negeri Sarawak 2013 ini dianjurkan oleh Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak Cawangan Kuching dengan Kerjasama  SMK Pending & SMK Matang Jaya. Aktiviti ini dijalankan dari 12 hingga 14 September 2013 bertempat di Bilik Ceramah Kompleks Sukan dan Gelanggang Sepak Takraw SMK Tabuan Jaya (SSN). Antara peserta yang mengikuti program ini adalah seperti berikut

Bil.
Sekolah
Kursus Pengadil
Klinik Sepak Takraw
Bil. Peserta
1.
SMK Pending
9
10
19
2.
SM Sains Kuching
1
4
5
3.
SMK Tabuan Jaya (SSN)
4
0
4
4.
SMK Matang Jaya
1
0
1
5.
SK Merpati Jepang
1
1
2
6.
SK Bandar Samariang
2
2
4
Jumlah Peserta
18
17
35

Penceramah dan Jurulatih

Bil.
Nama
Tugas dan Tanggungjawab
Institusi
1.
En. Openg Bin Haji Bujang Sum
(Pegawai Teknikal Sepak Takraw  MSS  Sarawak)
Pegawai Teknikal 
Ketua Jurulatih
Penceramah/Fasilitator

SK  Mejar Jeneral Dato’ Ibrahim,
Kem Semengok
2.
En. Ali Umar bin Bujang
Pengadil (ISTAF)
Penceramah
Fasilitator/Jurulatih Pengadil
Persatuan Sepak Takraw,  Negeri Sarawak
3.
En. Ahmad Bin Hj. Osman
Jurulatih Sepak Takraw Negeri Sarawak
Penceramah
Fasilitator/Jurulatih Klinik
Majlis Sukan Negara

Majlis penutupan telah dirasmikan oleh Pengerusi KGBS cawangan Kuching En. Talib Bin  Haji Joperi tepat pukul 3.00 petang pada hari Sabtu 14 September 2013 di Bilik Ceramah Kompleks Sukan SMK Tabuan Jaya (SSN). Majlis penutupan turut dihadiri oleh En. Roslan Bin Sumiran  PKKK  SMK Pending, selaku  Naib  Pengerusi Program dan mewakili Pengetua SMK Pending, En. Roslan Bin Hj. Juis  PKKK SMK Matang Jaya  selaku Penolong Setiausaha KGBS caw. Kuching, Tn.Hj. Adzuddin Bin Mantrang  PKKK SM Sains Kuching selaku Timbalan Pengerusi  KGBS cawangan Kuching serta AJK program dan semua peserta Kursus Kepengadilan dan Klinik Sepak Takraw. Majlis penutupan rasmi telah tamat pada pukul 4.15 petang.
            Penyelaras program merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada pihak Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, Jabatan Pendidikan Daerah Kuching, Pengetua SMK Pending dan Pengetua SMK Matang Jaya atas kebenaran dan kerjasama yang telah diberikan kepada pihak KGBS cawangan Kuching untuk menganjurkan program ini. Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada Pengetua SMK Tabuan Jaya (SSN) atas kebenaran untuk menggunakan Bilik Ceramah Kompleks Sukan dan Gelanggang Sepak Takraw SMK Tabuan Jaya (SSN).
             Penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada semua Ahli Jawatankuasa Program,  Majlis Perwakilan Pelajar Prauniversiti SMK Pending dan pihak yang  membantu menjayakan program ini secara langsung atau tidak secara langsung  sehingga program yang julung-julung kali diadakan ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan sempurna tanpa sebarang perkara yang tidak diingini.
          Semoga usaha kita ini  akan mendapat ganjaran daripada-Nya.

Sekian Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh:


MOHAMAD YAAKUB BIN AHMAD
Penyelaras Klinik Sepak Takraw  (Pelajar) dan Kursus  Kepengadilan Sepak Takraw  (Guru)  Tahap  1
Peringkat Negeri Sarawak 2013

Insentif Yayasan Sarawak

Seramai 6 orang pelajar SMK Pending telah menerima insentif Yayasan Sarawak sebayak RM 500.00 kerana mencapai kejayaan 10A dan 9 A dalam peperiksaan SPM 2012. Mereka ini menerima wang berbentuk Sijil Simpanan Premium yang disampaikan oleh Tuan Pengetua Encik Ivor LIm baru-baru ini. Tahniah diucapkan kepada Chai Yu Chia (10A), Liew Siong Tze (10A), Lydia Kuek HuiQing (10A), Felicia Liu San (10A), Chong Soon Yee (10A) dan Ho Hui San (9A)

 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners