Hari Sukan Negara peringkat SMK Pending

Hari Sukan Negara sebenarnya bertujuan untuk merealisasikan hasrat dan Inspirasi Kementerian Belia dan Sukan Malaysia agar menjadikan Malaysia sebagai negara yang mempunyai rakyat yang sentiasa bersukan dan boleh menjadikan satu budaya hidup bagi rakyat Malaysia. Secara tidak langsung budaya ini dapat meningkatkan KESEDARAN , memupuk semangat PERPADUAN dan PENGETAHUAN dan memberi PENGIKTIRAFAN kepada mereka yang terlibat didalam pembangunan sukan negara. Hari Sabtu Pertama pada setiap bulan November akan dijadikan sebagai Hari Sukan Negara yang akan dilancarkan pada tahun ini. Hari Sukan Negara bagi peringkat SMK Pending telah diadakan di lokasi-lokasi tertentu disekitar kawasan sekolah. Antara aktiviti yang dijalankan ialah bermain badminton, pingpong, Zhumba, bola jaring, futsal dan petanque. Semoga aktiviti ini memberi faedah kepada semua warga pending yang hadir pada hari ini.






KEM MOTIVASI UNTUK PELAJAR SESI PETANG

Kem motivasi ini anjuran Majlis Perwakilan Pelajar Prauniversiti SMK Pending. Sebagai sebuah persatuan yang dianggotai oleh pelajar peringkat prauniversiti di sekolah ini, Pihak Majlis Perwakilan Pelajar SMK Pending  berasa bertanggungjawab untuk membantu pelajar-pelajar sesi petang yang terdiri daripada Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 bagi meningkatkan motivasi mereka dalam mengikuti pelajaran dan mendisiplinkan diri. Berdasarkan maklumat yang diterima, didapati bahawa sebilangan pelajar sesi petang dalam kalangan pelajar tingkatan 1 dan 2, tidak mempunyai keyakinan diri serta mempunyai tahap disiplin yang kurang memuaskan. Program ini berlangsung selama dua hari bermula 7 haribulan Oktober sehinggalah 8 Oktober 2015.

Objektif Program
Program ini mempunyai objektif seperti yang berikut, iaitu
1 Menimbulkan kesedaran kepada peserta bahawa pendidikan amat penting         dalam kehidupan.
2 Membantu peserta mengenal pasti minat, kebolehan dan  memupuk                   motivasi kendiri.
3 Mendedahkan peserta dengan aktiviti-aktiviti yang dapat menyuntik                   semangat motivasi dalam diri.








 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners