Pelajar sesi 2016/2017 Melapor Diri

Pada 4 Mei 2016, pelajar-pelajar tingkatan 6 sesi 2016/2018 melaporkan diri.  Seramai  192 orang pelajar telah melaporkan diri ke sekolah ini yang merupakan sekolah yang menjadi pusat tingkatan 6. Mereka ini dari SMK Seri Setia, SMK Kuching Town dan SMK Padungan. Daripada jumlah 192 orang pelajar tersebut 63 orang daripadanya merupakan aliran Sains. 

Para pelajar kemudiannya diberi taklimat tentang kebaikan tingkatan 6 oleh Cikgu Mohammad Hassan selain daripada ucapan PK Tg 6 Cik Fu Yung Yung. Pelbagai aktiviti akan diadakan sepanjang tempoh orientasi ini yang melibatkan subjek yang ditawarkan, kemudahan biasiswa, pendaftaran peperiksaan dan sebagainya bagi memberi gambaran awal kepada para pelajar tentang mod baru tingkatan 6. Semoga penjelasan ini boleh menarik para pelajar untuk terus berada di Tingkatan 6.



 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners