2. Siti Sara
3. Andi Arjuna
4. Abdul Azizi
5. Zaidi Morni
6. Mohd Yaakub
7. Randy Angi
Cikgu Abdul Aziz dan Cikgu Andi Arjuna
Seramai 227 pelajar tingkatan enam dari seluruh negara berkampung selama empat hari iaitu dari 19 Oktober hingga 22 Oktober di Pendang Lake Resort bagi menyertai Program Elit Pra-U Peringkat Kebangsaan. Program yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Kedah (JPK) ini bermatlamat ‘Melahirkan Generasi Tingkatan Enam Yang Berwawasan Dan Berkeperibadian Cemerlang’.
Kontinjen negeri Sarawak disertai oleh 12 orang peserta dari bahagian Kuching dan bahagian Limbang dan diiringi oleh 2 orang guru pengiring dari SMK Batu Lintang, Kuching, dan SMK Merapok, Lawas.
Program ini dimulakan dengan aktiviti yang dikenali sebagai Medan Teraputik di sebelah malam yang merangkumi aktiviti suai kenal atau Ice-breaking, nyayian lagu tema program dan lagu-lagu rakyat negeri Kedah, taklimat perjalanan aktiviti program, dan pembahagian kumpulan.
Pada hari ke-2, para peserta menjalankan aktiviti Khidmas. Aktiviti ini dijalankan di 3 buah kampung iaitu Kg. Hilir, Kg. Bukit Meriam, dan Kg. Natoi. Para peserta dapat meninjau suasana kampung yang dilawati kumpulan masing-masing dan mereka sangat teruja apabila mendapat ayah dan ibu angkat di kampung yang dilawati. Aktiviti seperti ini memberi peluang kepada peserta untuk mengenali dengan lebih dekat budaya dan cara hidup masyarakat kampung di Kedah. Seterusnya, peserta yang telah dipecahkan mengikut kumpulan masing-masing dibawa mengunjungi Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Teknologi Mara (UiTM), dan AIMST. Peserta diberi ceramah mengenai kursus-kursus yang di tawarkan oleh universiti-universiti tersebut dan berpeluang melawat galeri universiti, perpustakaan, melawat sekitar universiti, bermain Go-kart, menunggang kuda, dan sebagainya.
Pada sebelah malamnya, para peserta melakukan aktiviti Mai Bergebang bagi membolehkan peserta mengingati kembali aktiviti yang dijalankan sepanjang sehari melakukan khidmat masyarakat dan melawat universiti-universiti yang ada. Sebilangan peserta pula mengadakan perbincangan pra sidang dalam kumpulan yang telah ditetapkan. Pada hari ke-3, aktiviti Mai Kita Bersidang berlangsung iaitu persidangan ala D.U.N. yang membahaskan usul yang dikehendaki iaitu ‘Mahasiswa Institut Pengajian Tinggi Awan Dan Isu Pasaran Kerjaya Masa Kini’. Aktiviti seperti ini membawa satu pengalaman yang baru dan amat berguna untuk peserta yang ambil bahagian untuk meningkatkan keyakinan diri dan lebih berani untuk tampil menyuarakan pendapat masing-masing.
Selepas tamat persidangan tersebut, para peserta dibawa meninjau-ninjau Pekan Rabu dan diberi peluang membeli barangan berupa produk tempatan untuk dibawa balik sebagai cenderamata. Selain itu, peserta berpeluang melawat Balai Seni Negeri Kedah Darul Aman, Muzium Padi, dan Pusat Sains Wilayah Utara. Sememangnya lawatan yang diadakan amat sesuai agar para peserta dapat mengenali negeri Kedah dengan lebih dekat lagi disamping mendapat sedikit-sebanyak info dan pengetahuan sepanjang lawatan tersebut.
Majlis jamuan makan malam yang juga merupakan majlis penutupan rasmi yang diadakan merupakan aktiviti kemuncak bagi program ini. Ucapan perasmian penutupan, persembahan, tayangan video aktiviti sepanjang program, dan majlis perpisahan menjadi pengisian untuk majlis jamuan makan malam yang diadakan sebelum keberangkatan pulang beberapa kontinjen termasuk kontinjen Sarawak pada awal pagi keesokan harinya.
Sememangnya program seperti ini harus diadakan setiap tahun kerana program seperti ini dilihat sebagai satu medan atau platform yang terbaik bagi membina keyakinan diri pelajar yang menyertainya, memupuk semangat perpaduan dan integrasi selaras dengan konsep 1Malaysia, berfikiran lebih terbuka, matang, dan positif, serta membina wawasan dan membentuk keperibadian yang cemerlang selaras dengan matlamat program iaitu ‘Melahirkan Generasi Tingkatan Enam Yang Berwawasan Dan Berkeperibadian Cemerlang’.
Dalam pada itu pada peringkat sekolah program ini telah diadakan pada 28.10.09 yang melibatkan semua pelajar tingkatan 6. Mereka telah diberitahu pengalaman yang diperoleh semasa program elit dilaksanakan seblum ini
Disediakan oleh,
Jeffery Biyud (6R1)
Peserta Program Elit Pra-U Peringkat Kebangsaan 2009
© Copyright by SMK PENDING | IM for Newbies go to mabiza.com