Mesyuarat Agung PIBG 2018

 Mesyuarat Agung PIBG SMK Pending telah diadakan pada 7 April 2018 yang diadakan di Dewan Global SMK Pending. Mesyuarat bermula dengan pendaftaran seawal 7.30 pagi. Sebelum Mesyuarat bermula satu ceramah telah diadakan yang bertajuk Peranan Ibubapa ke arah Kecemerlangan Anak-anak disampaikan oleh Haji Mostaffa bin Haji Sidik, Ketua Sektor Psikologi dan Kaunseling Jabatan Pendidikan Sarawak.
  
   Selesai ceramah, ibubapa dijamu dengan makanan sementara menunggu acara seterusnya iaitu penjelasan sedikit tentang kemasukan pelajar tingkatan 6 oleh PK tingkatan 6, Miss Fu Yung Yung. Selesai ucapan PK Tg 6 mesyuarat Agung bermula dengan pembentangan belanjawan dan usul untuk dipersetujui ibu bapa. Acara kemuncak ialah perlantikan AJK baru PIBG. Mesyuarat PIBG ini dirasmikan oleh wakil YB Prof. Dr Sim Kui Hian, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan. Berikut adalah AJK baru PIBG sesi 2018/2020



JAWATANKUASA PIBG  SMK PENDING
SESI 2018/2020



PENASIHAT (PENGETUA)
EN. YONG ING THUNG

YANG DIPERTUA
EN.  LIM KING HONG

NAIB  YANG  DIPERTUA
PN.KINNA ANAK ACHU

SETIAUSAHA
EN. HAMZAN  BIN  MOHD  ZAIN

PEN. SETIAUSAHA
EN. BONG LOK LEONG

BENDAHARI
PN.  IVY  NGU YEE YEE

PEN. BENDAHARI
PN. ELINA ANAK SIAN

AJK   GURU    
PK  PENTADBIRAN           :  PN. HII  KWONG  ING                                                                      
PK  HAL EHWAL  MURID  :  UST. AWG ARIPPIN B. AWG KAMARUDIN
PK  KOKURIKULUM          :  EN. ROSLAN  SUMIRAN
PK  PETANG                     :   PN. HAZEL  GEORGE
PK  TING. 6                       :   CIK FU  YUNG  YUNG

AJK IBU  BAPA
1.  PN. AHKAN  AK  DOIT
2.  PN. CHRISTINA  AK  JUGAG
3.  EN. JONIK OREN                
4.  EN. AMIRULDIN BIN MOHD SHAH
5.  EN. BATHUEL NAHOR ANAK BENJAMIN



Barisan AJK PIBG yang baru sesi 2018/2020

Mantan PIBG


Gambar-gambar lain sila klik di sini

Karnival Akademik dan Kokurikulum 2018


https://goo.gl/aoqLRw

           Karnival Akademik dan Kokurikulum merupakan aktiviti kemuncak kepada aktiviti akademik dan kokurikulum. Aktiviti ini melibatkan kesemua empat bidang dengan aktviti masing-masing. 
     Antara aktiviti dalam bidang bahasa seperti teka silang kata, kuiz tatabahasa, menulis esei, speech competition, spelling Bee, wheel of Fortune, Pertandingan menulis esesi bahasa Cina, berpidato dalam bahasa Cina dan sebagainya. 
      Sementara bidang Sains dan Matematik pula antara aktivitinya seperti Pameran Sains, Robotik, Matematik dan juga pameran 3d Printer. Pengunjung dalam pameran 3d printer boleh membeli sendiri hasil printing 3d mengikut cita rasa masing-masing. 
        Bidang Votek antara aktivitinya sudut KHB dan RBT, Kuiz, Jualan makanan, Pameran Inovasi dan RBT, Sudut Sains Sukan, mini funfair, sudut perniagaan dan sebagainya
        Bidang kemanusiaan pula telah mengadakan aktiviti Sejenak Bersamamu Ya Rasulullah, Pertandingan membuat kad Hari ibubapa/guru, pertandingan lagu patriotik, kuiz sejarah, pertandingan mewarna dan lain-lain.
         Bahagian Unit Kokurikulum pula melibatkan aktiviti-aktiviti ko kurikulum yang ditawarkan di SMK pending antaranya Pertandingan Pertolongan Cemas BSMM, Demo dan Pertandingan Pertolongan Cemas St John Ambulans, Demo Kawad Kadet Polis, Demo Kawad Boys' Brigade dan Demo dan Pertandingan memasak rimba puteri Islam
          Sehubungan dengan aktiviti ini Penolong Kanan Akademik SMK Pending Pn Hii Kwong Ing bersama Penolong Kanan Kokurikulum En Roslan Sumiran telah merasmikan aktiviti ini di bilik APD diwakili oleh ketua dan penolong ketua kelas dengan tayangan slaid aktiviti yang berlangsung sepanjang karnival Akademik dan Kokurikulum












untuk gambar lain : https://goo.gl/aoqLRw



Kem Membaca 1Malaysia (KMIM 2018) peringkat Smk Pending

Kem Membaca 1Malaysia 2018 telah diadakan pada 3 April 2018 melibatkan semua pelajar warga SMK Pending. Program ini dilaksanakan di dalam kelas bersama-sama guru subjek. Tujuan program ini adalah untuk mengukuhkan budaya membaca dan menanamkan semangat cintakan ilmu melalui pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan pembacaan. Sehubungan dengan itu SMK Pending telah mengadakan aktiviti membaca selama 15 minit. Diharapkan program ini dapat memupuk budaya membaca dikalangan pelajar bersesuaian dengan temanya "Pembacaan Berkualiti Menjana Minda Bestari.









 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners