Pertandingan Bola Keranjang Lelaki 17 TKB 2014 Bahagian Kuching

SMK Pending telah menganjurkan pertandingan ini bertempat di Stadium Bola Keranjang Kota Sentosa batu 7 Sebanyak 12 buah sekolah telah menyertai kejohanan ini yang berlangsung dari 2 hingga 5 September 2014.  SMK Pending hanya berjaya  masuk ke peringkat suku akhir dengan menewaskan dua buah sekolah sebelum ini iaitu sekolah SM Sains dan SMK Petra Jaya. Tahniah kepada mereka kerana berjaya hingga ke peringkat suku akhir. Semoga SMK Pending akan dapat mencapai kejayaan cemerlang pada masa akan datang. Berikut adalah keputusan penuh pertandingan Bola Keranjang 17 TKB bahagian Kuching. Majlis penyampaian hadiah dan penangguhan disempurnakan oleh pengetua SMK Pending En.Ivor Lim


Johan          : Chung Hwa No.1
Naib Johan   : SMK Siburan
Tempat ketiga : SMK Gapor
Tempat keempat  : SMK Batu Kawa



Pelajar SMK Pending bertugas sebagai penjaga masa

Inilah barisan pemain Bola Keranjang SMK Pending

Pertandingan bermula

Serangan yang dibuat oleh Pelajar SMK Pending

Jurulatih memberi kata dua kepada pelajar



Pertandingan Tamat. SMK Pending menang melawan SMK Petra Jaya

Gambar lain klik disini

perkhemahan Perdanan Unit Beruniform

Perkhemahan ini diadakan dari 29 Ogos 2014 hingga 31. Ogos 2014. Melibatkan semua badan unit beruniform SMK Pending. Diadakan di Kawasan Sekolah SMK Pending. Pelbagai aktiviti telah diadakan. Kemuncak aktiviti merupakan persembahan lagu-lagu patriotik sempena diambang kemerdekaan Malaysia.
Berikut keputusan pertandingan yang dijalankan selama berkampung di SMK Pending :

A. Aktiviti membina khemah
    Tempat Pertama     : Kumpulan 2
    Tempat Kedua        : Kumpulan 4
    Tempat Ketiga       :  Kumpulan 1

B. Ikhtiar Hidup
     Tempat Pertama     : Kumpulan 1
    Tempat Kedua        : Kumpulan 3
    Tempat Ketiga       :  Kumpulan 5

C. Ikatan 
     Tempat Pertama     : Kumpulan 2
    Tempat Kedua        : Kumpulan 1
    Tempat Ketiga       :  Kumpulan 4

D. Gadjet
     Tempat Pertama     : Kumpulan 4
    Tempat Kedua        : Kumpulan 3
    Tempat Ketiga        : Kumpulan 2
    Tempat Keempat     : Kumpulan 1
    Tempat kelima        : Kumpulan 5

E Kawad Kaki
   Tempat Pertama     : Kumpulan 1
   Tempat Kedua       : Kumpulan 2
   Tempat Ketiga      :  Kumpulan 5
   Tempat Keempat   : Kumpulan 4
   Tempat Kelima      : Kumpulan 3

F Pertandingan Persembahan Unit Beruniform
   Tempat Pertama     : Kadet Polis
  Tempat Kedua        : Pandu Puteri
  Tempat Ketiga       :  St.John Ambulance



Pertandingan Bola Jaring PSKPP Peringkat Negeri Sarawak



Pada tahun ini SMK Pending telah dipilih menjadi pengelola Pertandingan Bola Jaring PSKPP Peringkat Negeri Sarawak. Pertandingan ini telah diadakan serentak dengan semua acara lain pada 13 – 15 Ogos 2014 bertempat di
Gelanggang Serbaguna SMK Tabuan Jaya. Seramai 7 orang guru serta 10 orang pelajar sains sukan termasuk  dua pelajar dari tingkatan 6 membantu sebagai AJK pelaksana pertandingan tersebut.

Berikut merupakan bahagian/daerah yang menyertai pertandingan tersebut.


KUMPULAN A
KUMPULAN B
KUMPULAN C
A1 - BINTULU
B1 - KAPIT
C1 -  SIBU
A2 – IBU PEJABAT
B2 - SAMARAHAN
C2 -  MUKAH
A3 – SRI AMAN
B3 - MIRI
C3 -  KUCHING

B4 - SARIKEI
C4 -  BETONG


Berikut merupakan pemenang pertandingan tersebut :

Johan : Ibu Pejabat
Naib Johan : Bintulu
Ketiga : Sibu
Keempat : Sarikei

Senamrobikton 2014

Aktiviti ini diajurkan bersama antara Unit Kuirkulum SMK Pending dengan PIBG SMK Pending. Tujuan diadakan adalah untuk mengutip dana bagi pembangunan prasarana sekolah disamping untuk memenuhi ketetapan Dasar 1 Murid 1 sukan. Selain itu diharapkan dapat merapatkan hubungan antara sekolah dengan ibu bapa dan komuniti setempat.. Tarikh perlaksanaannya pada 13 Ogos yang lalu melibatkan pelajar sesi pagi dan petang. Diadakan di perkaranagan letak kereta bagi sesi pagi dan di dalam Dewan bagi sesi petang. bermula seawal sekitar 8.00 pagi dan berakhir pukul 9.30 pagi. Kemuncak acara pelajar dan guru-guru yang bertuah mendapat hadiah melalui cabutan bertuah dan juga kutipan wang yang terbanyak juga menerima sumbangan daripada PIBG



 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners