PERTANDINGAN KOIR LAGU-LAGU PATRIOTIK SEMPENA KARNIVAL SENI 2013

Pertandingan ini anjuran bidang votek yang diadakan pada 7 September 2013 bermula jam 9.40 hingga 11.40. Objektif pertandingan ini ialah

      i.            Memupuk semangat patriotik di kalangan murid
    ii.            Menyemai semangat bekerjasama di kalangan murid pelbagai kaum
 iii.             Mengembangkan potensi dan kreativiti murid semasa membuat
          persembahan

Pertandingan ini melibatkan pelajar sesi petang iaitu melibatkan 10 unit badan beruniform iaitu Boys’ Bridgade , Girls’ Bridgade , PKBM(L),  Kadet Polis, Pandu Puteri , St. John Ambulance, Bulan Sabit Merah,  Kadet Remaja Sekolah , Pengakap , dan Puteri Islam

KEPUTUSAN PERTANDINGAN


KEPUTUSAN

UNIT BERUNIFORM
JOHAN

PANDU PUTERI
NAIB JOHAN

KADET POLIS
TEMPAT KE 3

ST. JOHN
HADIAH KHAS

ST JOHN


Perkhemahan Perdana Unit Beruniform 2013

Perkhemahan perdana unit beruniform telah diadakan di kawasan sekolah SMK Pending melibatkan semua pasukan pakaian seragam yang ditawarkan di SMK Pending.  Sekolah SMK Seri Setia dan SMK Tabuan turut serta dalam program ini sebagai salah satu program RIMUP. Perkhemahan ini bermula pada hari Jumaat 30.8.2013 sehingga 1.9.2013. Pelbagai aktiviti telah diadakan antaranya kemahiran kawad kaki, ikatan, gadget, masakan rimba dan pertolongan cemas. Ada antara aktiviti ini dipertandingkan dan hadiah telah diberi kepada pasukan yang menang pada hari penutupan. Majlis penutupan telah disempurnakan oleh pengetua SMK Pending En. Ivor Lim





 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners