JOM! MASUK FORM 6 SMK PENDING

OLEH: Hassan

Pelajar-pelajar lepasan SPM adalah dipelawa untuk melanjutkan pelajaran di Pusat Tingkatan 6 SMK Pending. Sila rujuk brosur di bawah untuk mengetahui akan kelebihan lepasan STPM dan pakej yang ditawarkan.



LDP GURU TING. 6 PERKONGSIAN ILMU KAJIAN TINDAKAN

OLEH: HASSAN
Sesi LDP bertajuk Penerapan Unsur Permainan MS Power Point dalam PdP disampaikan oleh En. Mohd. Hassan Bohari  dan tajuk SQ4R disampaikan oleh En. Kiu Bu Shin. Kursus diadakan pada 7 dan 8 Mac 2019 di Bilik APD SMK Pending. Diharapkan dengan adanya pendedahan ini, para guru akan dapat mempertingkatkan lagi kemahiran pedagogi masing-masing.




MAJLIS PENYERAHAN WANG BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN

OLEH: Hassan

Majlis diadakan pada 23 Februari 2019. Bantuan disampaikan oleh Guru Tingkatan kepada ibubapa/penjaga pelajar berkenaan.







MAJLIS PECAH TANAH PROJEK MENAIK TARAF PADANG SEKOLAH


Oleh: Hassan
Majlis diadakan pada 31 Januari 2019. Dirasmikan oleh YB Violet Yong Wui Wui ADUN N. 10 Pending dan Dr. Kelvin Yii Lee Wuen Ahli Parlimen Bandar Kuching P.195. Sumbangan diberikan oleh wakil rakyat tersebut berjumlah  RM95 000.00. 

PELAJAR CEMERLANG STPM SEMESTER 1 (2019)

Oleh: Hassan

Tahniah kepada pelajar Tingkatan 6 yang telah menunjukkan prestasi yang cemerlang. Semoga kecemerlangan ini menjadi inspirasi kepada pelajar yang lain.




MAJLIS PELANCARAN PROGRAM ZIARAH CAKNA 2019

OLEH: Hassan
Majlis diadakan pada 28 Februari 2019 di Dewan Global SMK Pending. Antara aktiviti yang diadakan ialah pengedaran beras kepada keluarga pelajar miskin. Bantuan dihulurkan oleh persatuan Boys Briget dari Ching Kwong Methodist Church.













LENSA PROGRAM JOM KE SEKOLAH

Para guru SMK Pending menyambut ketibaan para pelajar datang ke sekolah.




PERASMIAN PROGRAM JOM PERGI SEKOLAH


Perasmian Program Jom ke Sekolah telah diadakan pada 25 Febuari 2019.
Program perasmian tersebut diadakan semasa perhimpunan sekolah. Majlis perasmian turut dihadiri oleh Pegawai PDRM iaitu ASP Jorasan Ak. Chawat, ahli PIBG, pihak pentadbir, guru-guru dan para pelajar.



                                             Nyanyian lagu negaraku dan Ibu Pertiwiku



Bacaan perutusan Polis Diraja Malaysia & perasmian pelancaran Program Jom ke Sekolah oleh ASP Jorasan Ak Chawat


Gimik perasmian




       Penyerahan papan notis PDRM kepada pihak sekolah





                                                              Penyampaian cenderahati



Disediakan oleh : Jasmin binti Hussaini

 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners