PROGRAM REMAJA BEBAS AIDS / HIV 2012


program ini diadakan bertujuan untuk membina ketahanan diri pelajar sebagai remaja agar tidak terlibat dengan pergaulan bebas dan mampu menjauhkan diri daripada aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah. Kemampuan untuk memahami diri dapat membantu mereka menjadi remaja yang berkualiti dan sentiasa bersikap positif dalam kehidupan seharian.

OBJEKTIF 

1. Memahami diri mereka sebagai remaja dan bertindak sebagai remaja yang terdidik dan mengguna akal fikiran dalam membuat sesuatu tindakan bagi membina pertahanan diri.
2. Menghindarkan diri daripada terlibat dengan aktiviti gaya hidup bebas yang akan merugikan mereka.
3. Membuat keputusan yang bijak dalam memilih kawan atau rakan sebaya, berkaitan dengan nilai, hala tuju dan cita-cita agar tidak terjebak dengan aktiviti yang tidak berfaedah
4. Mendapat  pendedahan tentang penyakit-penyakit berbahaya seperti HIV/AIDS, dan kesan pengguguran bayi yang disebabkan oleh gaya hidup bebas.
5. Memahami perkembangan mental, emosi, sosial dan fizikal diri sendiri

Laporan oleh Cik Sently Jaen

PROGRAM MOTIVASI PELAJAR PMR 2012

“Program Motivasi Pelajar” ini bertujuan untuk melahirkan pelajar yang lebih bersemangat dan bermotivasi menghadapi peperiksaaan PMR tahun ini. Bahkan itu, meningkatkan kebijaksanaan, berkeyakinan dan berkemahiran serta berfikiran positif, kreatif dan kritis dalam menghadapi masalah yang melanda saat peperiksaan hampir menjelang.   

Objektif
Menjadikan program ini sebagai batu loncatan kepada para pelajar untuk memberikan kesedaran bahawa jalan utama ke universiti ialah mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.

Memantapkan jasmani, emosi, rohani an intelektual (JERI) supaya para pelajar dapat menghadapi peperiksaan dengan otak yang cergas, tenang dan bersemangat.

Memastikan para pelajar sentiasa berada dalam keadaan yang sentiasa sihat dan bersedia melalui penyertaan dalam aktiviti-aktiviti yang disediakan oleh para faslitator dan melahirkan pelajar sekolah yang berusaha, berdisiplin diri, berkeyakinan dan bermotivasi .

Disediakan oleh Cik Priscilla Yii



Pelancaran Hari Kebangsaan dan Bulan Kemanusiaan 2012

Pelancaran Hari Kebangsaan dan Bulan Kemanusiaan telah diadakan pada hari ini 17.7.2012. Pelancaran ini diadakan dua kali melibatkan sesi pagi dan petang. Antara acara yang diadakan ialah Upacara menaikkan Jalur Gemilang diikuti dengan ucapan Tuan Pengetua. Tuan Pengetua kemudiannya merasmikan Bulan Kemerdekaan dan Kemanusiaan dengan memalu gong. Gimik penyerahan bendera oleh Ketua Bidang Kemanusiaan Pn Cecilia kepada Tuan Pengetua pada sesi pagi dan En Paong Langkas kepada Tuan Pengetua, juga diadakan. Pelajar-pelajar kemudiannya dihidangkan dengan tayangan video liku-liku pembentukan Kemerdekaan dan persembahan deklamasi sajak dalam bahasa Cina. Melayu dan Inggeris. Sebelum mengakhiri pelancaran, pelajar dan guru sama-sama menyanyikan lagu patriotik. Bagi menghangatkan lagi pelancaran bulan kemerdekaan, laungan "merdeka" sebanyak tiga kali telah dilaungkan oleh Cikgu Mahdzul Kennedy pada sesi pagi dan Cikgu Robert pada sesi petang. Majlis diakhiri dengan lagu sekolah






 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners