Program Anugerah Remaja
Perdana ini sebenarnya mula diperkenalkan sejak tahun 2001 lagi. Program
ini mengambil sempena Program Duke of Edinburgh’s Award yang telah mula
diperkenalkan di United Kingdom pada tahun 1956. Program ini ditujukan kepada
golongan muda berusia 14- 25 tahun yangbertujuan untuk memberi sokongan dan semangat dalam menanamkan nilai-nilai seperti semangat
bekerjasama dan sebagainya ke arah mencapai personaliti unggul.
Tahap anugerah terbahagi kepada 3 peringkat iaitu Gangsa, Perak dan Emas. Setiap anugerah mempunyai 4 komponen wajib
iaitu Khidmat Masyarakat, Rekreasi Fizikal, Kemahiran dan Pengembaraan. Kesemua
komponen tersebut mempunyai tempoh masa yang ditetapkan untuk mendapatkan
pertauliahan. Peserta anugerah di peringkat Emas perlu melengkapkan satu
kategori tambahan, iaitu Projek Penempatan selama 5 hari 4 malam di suatu
penempatan yang dipilih, serta ditemani oleh individu yang bukan kenalan. Diharapkan para pelajar SMK Pending akan
berusaha untuk mendapatkan anugerah ini. Untuk keterangan lanjut boleh berjumpa
dengan Cikgu Maria Mitin.