Majlis Persaraan Pn Hii Kwong Ing, PK Pentadbiran SMK Pending

Majlis ini diadakan di Dewan Global SMK Pending pada 28 Julai 2018 melibatkan semua warga SMK Pending. Turut serta dalam majlis ini ialah YDP PIBG dan Alumni. Ketibaan Pn Hii disambut dengan persembahan Selamat  Datang oleh pelajar tingkatan 6. Beliau kemudiannya berarak masuk ke dewan dengan tepukan gemuruh daripada para pelajar dan guru.

Ucapan perpisahan yang terdiri daripada wakil pelajar, YDP PIBG, Pengetua dan juga yang diraikan Pn Hii Kwong Ing turut berucap selamat tinggal kepada SMK Pending. Upacara seterusnya berupa tayangan multimedia, persembahan tarian, koir, deklamasi sajak dan nyanyian berkumpulan. Kemuncak daripada majlis ini adalah upacara pemotongan kek persaraan dan penyampaian cenderahati diikuti persembahan nyanyian oleh adik Nurljannah dengan lagunya "My Way"

Pn Hii akhirnya telah menyerah tugasnya kepada En Roslan Sumiran sebagai Penolong Kanan Akademik. Selamat Bersara diucapkan kepada Pn Hii semoga sihat selalu dan enjoy your life..







Sumbangan Vaseline oleh HOPE

Pertubuhan NGO Hope Worldwide Malaysia telah memberi sumbangan Vaseline kepada pelajar miskin yang menghadapi masalah kulit. Sebanyak 150 botol telah disumbangkan kepada pelajar miskin bagi maksud tersebut. Pemberian ini telah diadakan di Dewan Global oleh saudara Stephen. Diharapkan dengan bantuan ini dapat membantu para pelajar yang menghadapi masalah kulit.



Pertandingan Bola Jaring dan Futsal Tingkatan. 6 peringkat Negeri Sarawak:



Pertandingan ini diadakan di komplek sukan Asajaya pada 28 Julai 2018. Peljar diiringi oleh Cikgu Mohd Yaakub, Liu Sit Fung dan Ngien Si King. Berikut adalah keputusan pertandingan

Pertandingan Bola Jaring wanita murid Ting. 6 peringkat Negeri Sarawak:
Johan: SMK PENDING
Naib Johan: Asajaya
Tpt ke 3: Kota Samarahan

Pertandingan Futsal Murid Ting. 6 peringkat Negeri Sarawak:
Johan: SMK Simunjan No. 2
Naib Johan: SMK Asajaya (A)
Tpt ke 3: SMK Pending

Laporan disediakan oleh Cikgu Mohd Yaakub







 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners