Program Puncak Usaha PMR/SPM

Program ini disasarkan kepada pelajar tingkatan 3 dan 5. Mereka ini dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu kumpulan cemerlang, sederhana dan lemah. Kesemua mereka ini ditempatkan di bilik-bilik tertentu berdasarkan kumpulan masing-masing dan seorang guru akan membimbing mereka sebagai satu usaha untuk meningkatkan prestasi keputusan peperisaan awam. Bagi SPM tarikh pelaksanaannya pada 19-24 Ogos 2013 manakala peringkat PMR pula dari 9-12 September 2013.

Antara objektifnya :-

1.  Membantu semuapelajar tingkatan 3 dan tingkatan 5 supaya lulus dalam semua subjek;
2.  Mendedahkan teknik dan kaedah menjawab soalan peperiksaan yang tepat kepada pelajar;
3.  Mendedahkan soalan-soalan berbentuk PMR dan SPM kepada pelajar;
4.  Meningkatkan keputusan dari segi kuantiti dan kualiti peperiksaan PMR dan SPM

Kepada semua pelajar SMK Pending khususnya pelajar tingkatan 3 dan tingkatan 5, ambillah peluang keemasan ini untuk meningkatkan prestasi anda sendiri dan juga meningkatkan prestasi peperiksaan awam SMK Pending. Selamat maju jaya.


Pelancaran Bulan Kemanusiaan dan Bulan Kemerdekaan

Bulan Kemanusiaan telah dilancarkan serentak dengan Bulan Kemerdekaan pada 19 Ogos 2013. Acara dimulakan dengan bacaan doa diikuti ucapan oleh PK Akademik Pn. Hii. Pn Hii kemudiannya merasmikan pelancaran Bulan Kemerdekaan dan Bulan Kemanusiaan. Acara diteruskan dengan persembahan tarian Chammak Challo oleh pelajar tingkatan 3C. Persembahan diteruskan lagi dengan persembahan sajak berbahasa Melayu dan Cina yang bertemakan kemerdekaan. Kemuncak pelancaran bulan kemerdekaan menjadi semakin hangat apabila Cikgu Mah.Mhad Zul Kenedy melaungkan ungkapan Merdeka sebanyak tiga kali dan sebelum bersurai semua pelajar menyanyikan beberapa buah lagu patriotik. 

Tema Bulan Kemanusiaan tahun ini ialah "Kemanusiaan Melastarikan Modal Insan". Antara aktiviti yang akan dilaksanakan sepanjang bulan kemanusiaan adalah seperti berikut :-

1.  Pertandingan Sudut P.Moral yang bertemakan Patriotisme (T1 - T5)
2.  Pertandingan Menulis Jawi (T1 - T5)
3.  Kuiz Bertulis Sejarah (T1 - T5)
4.  Kuiz Bertulis Geografi (T1 - T5)
5.  Kuiz Kenegaraan (T1 - T5)
6.  Pemeran Seni (T1 - T5)
10. Pertandingan Mini Golf ( Peralihan - T6 )

Ucapan Perasmian
Bacaan Doa


Gimik Perasmian dgn memotong riben

Gimik Perasmian dgn confetti

Chammak Challo

bacaan sajak berbahasa Melayu

Sajak berbahasa China

Laungan Kemerdekaa

Untuk gambar yang lain klik di sini



 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners