Pelancaran Karnival Sains dan Matematik

Pelancaran Karnival Sains dan Matematik telah diadakan pada hari ini 30 Jun 2014. Beberapa aktiviti telah diatur sepanjang karnival ini melibatkan pertandingan dari semua tingkatan. Pelancaran telah dirasmikan oleh Tuan Pengetua.







Program Peningkatan Disiplin

Program ini di bawah transformasi Pendidikan Daerah yang dianjurkan Pejabat Daerah Kuching. Telah diadakan pada 18 - 21 Jun bertempat  di Pusat Latihan Pulapol Jalan Puncak Borneo. Guru pengiring bagi program ini ialah cikgu Mos Sinus. Seramai empat orang pelajar SMK Pending telah terlibat dalam program ini. Mereka ialah :

1. Randy Lim Ji Chang - 4D
2. Tan Wei Khian - 3F
3. Patrick Bingak - 3G
4. Wan Alhasfullah b. Wan 5MPV

Semoga program ini membawa menafaat kepada mereka ini





Kemahiran Membuat Keputusan

Program ini ditujukan khas kepada pelajar tingkatan 5S1 dan 5A. Penceramah En Abdul Khalid Latuwo daripada PPKS/Icats Kuching. Beliau menerangkan mengapa kita perlu membuat keputusan, apakah pertimbangan yang dibuat untuk melakukan keputusan. Beliau juga menerangkan cara untuk membuat keputusan dengan tepat. Pada akhir ceramah beliau menayangkan beberapa video untuk renungan para pelajar


Program Ihya' Ramadhan 1435H

Program ini diadakan pada 26 Jun 2014 melibatkan semua pelajar Islam sesi pagi dan petang. Program ini anjutan bersama Kelab Pendidikan Islam dengan kerjasama Kelab Remaja Isma (KRIM) Kuching. Bermula kira-kira pukul 1.00 petang dan berakhir pada pukul 3.00 petang. Penceramah Ustazah Hasmida sementara aktiviti lain dijalankan oleh guru kaunseling iaitu Raja Nurulhuda


 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners