Hari Permuafakatan dan G4K SMK Pending 2010











Pada 10.7.2010, Hari Permuafakatan telah diadakan dari jam 7.00 pagi hingga 9.00 pagi. Disamping itu terdapat pelbagai aktiviti lain iaitu hari G4K dimana kelab dan persatuan telah mengadakan aktiviti jualan untuk mendapatkan wang bagi kelab masing.masing. Pelbagai gerai telah dibuka dengan menawarkan harga yang berpatutan. Ibu bapa yang datang sempat juga mengambil peluang untuk membeli barangan yang dijual. Selain itu Kelab muzik telah mengadakan persembahan secara live disamping menjual barang makanan. Pada masa yang sama, di Dewan Global SMK Pending telah diadakan "Pertandingan Idola Idaman dan Fesyen". Ramai murid yang mengambil bahagian. Pelajar dikenakan bayaran untuk masuk ke Dewan. Jabatan Sains dan Matematik juga telah mengadakan pameran di makmal.

 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners