Kolokium Tingkatan Enam, SMK Pending

Kolokium ini diadakan pada 26 September 2016 bersesuaian dengan pemilihan SMK Pending sebagai Pusat Tingkatan 6 hasil gabungan tiga buah sekolah iaitu SMK pending, SMK Seri Setia dan SMK Kuching Town No.1. Dengan adanya Kolokium ini diharapkan dapat menjana idea dalam menghadapi isu-isu yang dihadapi warga SMK Pending khususnya para pelajar tingkatan 6.

Terdapat empat topik yang menjadi kajian yang dibentangkan oleh mereka yang mahir dalam bidang masing-masing
1. Peningkatan Kemahiran Pelajar 4D untuk menukar ayat aktif kepada ayat           pasif dengan menggunakan teknik PETA ALIR TAKAP oleh Mdm Leu Sit Fung
2. The Efficacy of Historical Phenomenon Modelling in teaching Form Six History     oleh Dr Voon Jan Cham
3. The effects of Cooperative Learning Method on the Achievement and Attitude     in MUET Writing Class oleh Ms Fu Yung Yung. PK Tingkatan 6
4. The Effects of Motivational Approaches on Learning Interest among Sixth           Form Students in Kuching Samarahan Division, Sarawak. oleh Mr Ivor Lim         Pengetua SMK Pending

Majlis diakhiri dengan pemberian sijil penghargaan kepada pembentang kertas kerja.

















Pameran Seni 2016

Pameran Seni STPM merupakan acara yang dijalankan setiap tahun sejak 2013. Pameran ini wajib dilaksanakan oleh pelajar tingkatan 6 Atas yang mengambil matapelajaran 970/3. Projek Kajian Seni Visual ini dijalankan pada Penggal keTiga .

Pada tahun ini, tema "Ekspresi Pak Belang telah ditetapkan sebagai tema dalam projek kajian pelajar. Tema ini telah menetapkan pemasalahan khusus bidang korporat yang dikaitkan dengan keunggulan sifat Pak Belang. Pemahaman pelajar tentang ciri keunggulan sifat harimau yang sesuai diterapkan sebagai budaya kerja korporat divisualkandalam bentuk karya akhir mengikut gaya dan kreaviti tersendiri. Aspresasi seni membolehkan pelajar berhubung dengan audien tentang bentuk karya yang dihasilkan serta mesej yang cuba disampaikan.

Pemeran ini disertai oleh 13 orang pelajar Tingkatan 6 Atas. Projek kajian bermula sejak bulan Jun sehingga bulan September 2016.Pameran ini turut disertai 26 orang pelajar dari tingkatan 6 Rendah yang mengambil mata pelajaran Seni Visual. Pelajar-pelajar ini didedahkan kepada cara pengelolaan program serta terlibat secara langsung dalam jawatankuasa kecil seperti jamuan dan persembahan.

Pameran dirasmikan bersama oleh Tuan Pengetuan Ivor Lim dan Miss Malaysia 2016 Cik Kueh Mei Fung. Ucapan dan kata perangsang telah diberikan oleh Tuan Pengetua dan tetamu jemputan khas Cik Kueh Mei Fung. Tetamu kemudiannya melihat hasil kerja pelajar.










 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners