PERKHEMAHAN KOR KADET POLIS DIRAJA MALAYSIA SMK PENDING 2012

Perkhemahan Kor Kadet Polis Diraja Malaysia SMK Pending tahun 2012 Peringkat Sekolah telah diadakan pada 3 - 5 Februari 2012(Jumaat hingga Ahad) selama 3 hari 2 malam. 
Perkhemahan bertempat di Dewan Global, tapak perkhemahan - Taman Bougainvilla dan padang bola sepak.  Seramai 40 Kadet Polis yang terdiri daripada peseerta and ahli jawatankuasa yang menyertai perkhemahan kali ini.  Aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan ialah:
1. latihan kawat kaki
2. Ceramah Jenayah oleh Kaunselor Sekolah, Cikgu Mos Sinus
3. aktiviti teka silang kata
4. teka lagu
5. mendirikan khemah
6. ice-breaking bagi memilih penghulu dan penghuluwati,
7. mempelajari lagu-lagu seperti Sang Saka Biru, Polis Sedia Berkhidmat dan Tegas Adil dan Berhemah
8. Nature Hunt
9. Cari Arah/Orienteering
10. Lakonan Bisu
11. Demolition Team
12. Larian Berhalangan
13. Malam Kebudayaan
14. Pertandingan Kawat Kaki
15. Majlis Penangguhan
Aktiviti-aktiviti telah dijalankan dengan berjayanya dan dapat membentuk kadet-kadet polis yang dapat menjalankan kawat kaki dengan menggunakan Command yang betul, melahirkan pemimpin yang mampu memgendalikan kumpulannya dengan baik, mempelajari asas-asas kepolisan, mengetahui organisasi PDRM dan mengeratkan hubungan sesama kadet dan guru-guru penasihat.












Program Orientasi Pelajar Peralihan dan Tingkatan 1

       Unit Bimbingan dan Kaunseling telah menganjurkan satu program orientasi kepada pelajar baru pada 5 dan 6 Januari 2012 yang lalu. Antara objektif    program ini adalah untuk menjalinkan silaturrahim di antara sesama pelajar, dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah serta mata pelajaran baru bagi pelajar, memupuk semangat cintakan sekolah serta menganggap ’sekolahku, syurgaku’  dan menanamkan sikap positif, meningkatkan keyakinan diri, bekerjasama, bertoleransi, beramanah, berkasih sayang, hormat-menghormati, bersungguh-sungguh dalam pelajaran dan mempunyai wawasan yang baik.                                                                                                                                                         






          Pengisian program berbentuk ceramah dan taklimat tentang pengurusan sekolah dan mata pelajaran telah disampaikan oleh guru-guru yang bertugas. Hal ini penting supaya para peserta mendapat gambaran dan maklumat yang jelas bagi mengikuti sesi persekolahan dengan jayanya. Para peserta juga dilatih menyanyikan lagu sekolah dan dapat mempersembahkan dengan baik. Pada akhir program, pihak penganjur turut mengadakan soalan kuiz dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada peserta dan peserta yang dapat menjawab dengan betul mendapat hadiah. 


 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners