Lawatan ke Cheshire Home Kuching




Kelab Pencegahan Jenayah telah mengadakan lawatan ke Cheshire Home pada 22.10.2010. Lawatan ini diiringi oleh beberapa orang guru iaitu Cikgu Joseph Tiyam, Cikgu Mos Sinus, Cikgu Norezayu, dan Cikgu Richard Soon. Antara aktiviti yang dijalankan ialah membersihkan kawasan kediaman ini dan juga melawat mereka yang kurang bernasib baik. Disamping itu mereka juga turut bersama membuat tarian yang diiringi oleh pemuzik Chesire Home

Festival Kebudayaan Sekolah-sekolah Peringkat Kebangsaan 2010





Festival ini diadakan di Dewan Sultan Iskandar, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor Bahru. SMK Pending telah dipilih olih Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak untuk mewakili negeri Sarawak ke festival tersebut. Seramai sepuluh orang penari dan dua orang pegawai pengiring menyertai festival tersebut. Mereka ialah Puan Catherine Leonard dan Encik Zainoren. Festival telah berlangsung dari 2 hingga 4 November 2010. SMK pending telah membuat persembahan sebuah tarian Iban berjudul Ngajat Lesung.

KOKO NITE





Koko Nite merupakan jamuan akhir tahun bagi Persatuan Unit-Unit Beruniform. Jamuan ini merupakan jamuan buat kali kedua yang diraikan bersama PKBM(L), Kadet Polis, Pengakap, Boy's Brigade. St John Ambulance, Pandu Puteri, Puteri Islam, PBSM, dan KRS. Pada malan tersebut diadakan anugerah Queen Of The Nite dan King of The Nite. Anugerah Queen of The nite disandang oleh Siti Aisyah Abdullah manakala King of the nite dimenangi oleh Vallary ak Jeffery. Pelbagai hamper dan hadiah diberikan kepada pemenang yang bertuah. Jamuan ini turut dihadiri oleh Tuan Pengetua En.Joseph Ng, PK Akademik Pn Hii, PK HEM Pn.Wong, PK. KK En Abdul Hamid, PP Petang, Pn Hazel

 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners