Hari Anugerah Cemerlang 1 tahun 2015

Hari Anugerah Cemerlang (HAC) kali ke 40 telah diadakan di Dewan Global SMK Pending pada 29.10.2015. HAC kali ini dirasmikan oleh  En Ismail bin Haji Gani, Ketua Unit Pengurusan Sekolah(wakil Pengarah merangkap wakil PPD Kuching). Perjalanan HAC dimulai dengan perarakan masuk pelajar tingkatan 6 Atas diikuti dengan ketibaan masuk wakil Pengarah Pelajaran.

Majlis dimulai dengan nyanyian lagu Negaraku dan Ibu Pertiwiku, diikuti dengan bacaan doa. Pengetua kemudiannya membuat ucapan alu-aluan diikuti dengan ucapan tetamu khas yang seterusnya merasmikan HAC 1 2015.

Majlis dimeriahkan lagi dengan persembahan daripada Kelab Kebudayaan. Mereka terdiri daripada pelajar sesi petang untuk persembahan pertama dan bagi persembahan tarian kedua terdiri daripada pelajar sesi pagi

Antara kategori hadiah yang disampaikan pada HAC 1 ialah
1. Sijil pelajar tingkatan 6 atas
2. Pelajar terbaik bagi tingkatan 3,5,6 rendah dan 6 atas
3. Peningkatan ketara setiap tingkatan
4. Kategori kedudukan terbaik dalam kelas bagi tingkatan 3,5,6 rendah dan 6 atas
5. Pelajar terbaik dalam mata pelajaran bagi tingkatan 3,5, 6 rendah dan 6 atas
6. Cemerlang peperiksaan awam PT3, SPM dan STPM
7. Cemerlang ko-kurikulum
8. Anugerah Penghargaan Ketua Pengawas dan Penolong Ketua Pengawas
9. Anugerah Khas Pengetua

Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderamata dan persembahan pelajar tingkatan 6 atas yang berjudul "Time Of Our Lives" dan lagu sekolah.




-

PENGUMUMAN PENTING MUSIM JEREBU

PERHATIAN KEPADA PELAJAR TINGKATAN 3

1. Tarikh pemulangan buku teks pada hari Isnin 26.10.2015. Sama ada sekolah     tutup disebabkan jerebu ataupun tidak, pemulangan BUKU TEKS TETAP             DIJALANKAN. Jika sekolah tutup pelajar boleh balik selepas pemulangan buku     teks. Jika hari tersebut hari persekolahan, guru tingkatan akan membawa         pelajar ke dewan untuk program yang dirancang oleh Unit Bimbingan dan         Kaunseling

2. Jika esok buka sekolah (22.10.2015) peperiksaan Psikometrik kertas 1 dan 2     juga kertas sejarah dan PSK akan dijalankan. Jika tidak bersekolah maka           peperiksaan ini ditunda pada hari Jumaat (23.10.2015) utk matapelajaran         yang sama kecuali PSK.

PERHATIAN KEPADA PELAJAR TINGKATAN 5

1. Bagi pelajar tingkatan 5 pula pemulangan buku teks TETAP dijalankan sama       ada sekolah tutup atau buka disebabkan jerebu iaitu pada 26.10.2015 bagi         pelajar kelas 5A - 5MPV. Bagi kelas 5S1 - 5S3 pemulangan buku teks akan         dijalankan pada hari Selasa 27.10.2015.

2. Pada 27.10.2015 SEMUA PELAJAR TINGKATAN 5 perlu hadir taklimat SPM           W2-4. Slip kemasukkan dan buku laporan diberi kepada mereka pada hari         tersebut

Hari Sukan Negara peringkat SMK Pending

Hari Sukan Negara sebenarnya bertujuan untuk merealisasikan hasrat dan Inspirasi Kementerian Belia dan Sukan Malaysia agar menjadikan Malaysia sebagai negara yang mempunyai rakyat yang sentiasa bersukan dan boleh menjadikan satu budaya hidup bagi rakyat Malaysia. Secara tidak langsung budaya ini dapat meningkatkan KESEDARAN , memupuk semangat PERPADUAN dan PENGETAHUAN dan memberi PENGIKTIRAFAN kepada mereka yang terlibat didalam pembangunan sukan negara. Hari Sabtu Pertama pada setiap bulan November akan dijadikan sebagai Hari Sukan Negara yang akan dilancarkan pada tahun ini. Hari Sukan Negara bagi peringkat SMK Pending telah diadakan di lokasi-lokasi tertentu disekitar kawasan sekolah. Antara aktiviti yang dijalankan ialah bermain badminton, pingpong, Zhumba, bola jaring, futsal dan petanque. Semoga aktiviti ini memberi faedah kepada semua warga pending yang hadir pada hari ini.






KEM MOTIVASI UNTUK PELAJAR SESI PETANG

Kem motivasi ini anjuran Majlis Perwakilan Pelajar Prauniversiti SMK Pending. Sebagai sebuah persatuan yang dianggotai oleh pelajar peringkat prauniversiti di sekolah ini, Pihak Majlis Perwakilan Pelajar SMK Pending  berasa bertanggungjawab untuk membantu pelajar-pelajar sesi petang yang terdiri daripada Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 bagi meningkatkan motivasi mereka dalam mengikuti pelajaran dan mendisiplinkan diri. Berdasarkan maklumat yang diterima, didapati bahawa sebilangan pelajar sesi petang dalam kalangan pelajar tingkatan 1 dan 2, tidak mempunyai keyakinan diri serta mempunyai tahap disiplin yang kurang memuaskan. Program ini berlangsung selama dua hari bermula 7 haribulan Oktober sehinggalah 8 Oktober 2015.

Objektif Program
Program ini mempunyai objektif seperti yang berikut, iaitu
1 Menimbulkan kesedaran kepada peserta bahawa pendidikan amat penting         dalam kehidupan.
2 Membantu peserta mengenal pasti minat, kebolehan dan  memupuk                   motivasi kendiri.
3 Mendedahkan peserta dengan aktiviti-aktiviti yang dapat menyuntik                   semangat motivasi dalam diri.








Lawatan Pegawai daripada kementerian ke Pusat Tingkatan 6 SMK Pending

Sepasukan pegawai dari Kuala Lumpur telah datang ke Pusat Tingkatan 6 SMK Pending. Tujuan lawatan adalah untuk melihat kemudahan prasarana yang terdapat di sekolah ini berikutan sekolah ini menjadi Pusat tingkatan 6 Mod 2. 

Sehubungan dengan itu pegawai-pegawai dari BPPDP diketuai oleh Dr. Mohd Suhaimi Mohamed Ali (ketua Sektor), Pn Zurina Zulkarnain, En Hisham Rahmat, En Saiful Azlan dan Pn Suzana Ahmad telah diberi taklimat  serba ringkas oleh Tuan Pengetua dan PK Tg 6. Turut serta dalam lawatan ini ialah Cik Sandra Thomas Gobal dari JPN Sarawak,  Sesi dialog bersama guru-guru tingkatan 6 juga diadakan. Kumpulan ini kemudiannya dibawa melawat di sekitar kawasan sekolah dan blog tingkatan 6.






Majlis Eidil Adha dan Majlis Qurban SMK Pending


Majlis ini diadakan pada 26.9.2015 bertempat di Kantin sekolah. Warga guru dan guru yang menjalankan ibadah qurban telah hadir dalam majlis ini. Tidak lupa juga kepada Ibubapa yang ada komitmen juga turut serta dalam majlis ini. Para pelajar yang didikasi bergotong royong dalam menjayakan program ini. Program ini dimeriahkan lagi dengan kedatangan Pemuda dan Pemudi Ikatan Muslimin Malaysia demi melancarkan lagi program ini. Ucapan terima kasih juga diberikan kepada Yayasan Ikhlas atas segala bantuan yang diberi.

Majlis dimulakan dengan melapah daging qurban sebanyak 3 ekor lembu. Mereka yang hadir turut dijamukan dengan sarapan pagi dan makan tengah hari berupa sup daging. Kemucak majlis ialah dengan penyerahan sebahagian daging qurban kepada mereka yang terpilih. Diharapkan majlis ini akan menjadi aktiviti tahunan SMK Pending





Lawatan Penanda Aras SMK DPHA Gapor ke SMK Pending

Rombongan tersebut yang terdiri daripada Pengetua SMK DPHA Gapor, En Rosli b. Sahmat, PK Hal Ehwal Murid, En.Suhaimi Ismail, PK Kokurikulum, Datin Diana Tay dan Guru Data Pn Poh Sok Ngo serta PK Tingkatan Enam, En.Chin Chee Leong. Turut serta Guru Kanan Bidang Bahasa, Pn Elizabeth Mengan dan Guru Kanan Bidang Votek, Cik Loh Yoke Chin.


Tujuan lawatan ini ialah untuk mengkongsi amalan terbaik SMK Pending dalam aspek Kokurikulum, Pengurusan Disiplin, dan Pembangunan Keceriaan serta Program-program berkaitan seperti Program Membaca dan Program Tranformasi Kelas.

Taklimat telah disampaikan oleh En.Roslan Sumiran PK Kokurikulum bertempat di Bilik Gerakan. Rombongan juga telah melawat sekitar kawasan sekolah dan bilik kelas termasuk Pusat Pra Universiti

Terima kasih rombongan SMK DPHA Gapor atas lawatan tesebut, Sesungguhnya, amat bermakna dan besar ertinya untuk kami mengorak langkah ke arah kecemerlangan.

Laporan disediakan oleh,
Pn Anita Hasbi
Ketua Bidang Bahasa



Program PelalianTetanus

Program PelalianTetanus ini ditujukan kepada semua pelajar tingkatan 3. Sebelum suntikan diberi taklimat ringkas oleh Pegawai Kesihatan iaitu Miss Winner Tan mengenai suntikan tetanus ini. Suntikan diadakan di Dewan Global SMK Pending oleh dua orang Pegawai Kesihatan











SMK Pending boleh

Tempat ketiga Pertandingan Seni Visual Catan Bahagian Kuching

Max dan Chia Chin menunjukkan hasil seni catan yang dimenangi

Tahniah juga kepada Cikgu Anthony Lee dan Debbie Bong - Sagu hati pertandingan guru inovatif

Kursus Kepimpinan Pengawas

Kursus ini diadakan pada 29 Ogos 2015 di Dewan Global SMK Pending yang disasarkan kepada pengawas-pengawas baru untuk sesi 2015/16. Kursus ini dirasmikan oleh tuan pengetua SMK Pending. Antara Objektif kursus ini ialah :

1. Menyedarkan para peserta/pengawas akan peranan dan tanggung jawab mereka

2.  membimbing peserta dalam menguruskan situasi yang mungkin berlaku di sekolah

3.  Mendedahkan kepada peserta sifat-sifat yang perlu ada pada seorang pengawas

4.  Melahirkan pengawas yang bertanggungjawab.

Kursus ini dijalankan bersama-sama guru kaunseling dan guru disiplin SMK Pending. Diharapkan kursus ini memberi menafaat kepada pengawas yang baru dilantik.
























 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners