Latihan Kebakaran dan Latihan Pengusian Bangunan

Latihan Kebakaran dan Latihan Pengusian Bangunan telah diadakan pada hari ini 18 Julai 2018. Sepasukan bomba dari Kuching dengan sebuah kereta bomba dan ambulan telah mengambil bahagian dalam latihan ini. adalah diharapkan dengan adanya latihan ini para pelajar dapat mematuhi arahan kecemasan kebakaran dan mempraktikkannya dengan betul. Mereka diarah untuk berkumpul dilokasi yang telah ditetapkan. 

Dalam latihan ini pihak bomba telah menjalankan operasi menyembur air di lokasi kebakaran dan membawa seorang pelajar yang terperangkap dalam kebakaran. Pihak bomba juga telah mengadakan demontrasi bagaimana menggunakan alat pemadam api di lokasi yang telah ditetapkan. Diharapkan dengan adanya latihan ini memberi kesedaran kepada warga SMK Pending tentang bahayanya kebakaran
























Karnival Sukan dan Permainan Rakyat Tingkatan 6

Karnival Sukan dan Permainan Rakyat Tingkatan 6 peringkat Daerah Kuching telah diadakan pada 18 Julai 2018 di SMK Tun Abang Haji Openg.  Sebanyak enam buah sekolah terlibat dalam pertandingan ini.  SMK Pending telah menghantar peserta seramai 25 orang bersama guru pengiring yang diketuai Cikgu Lili Bujang, Cikgu Mohd Yaakub, dan Cikgu Jasmine.

Antara permainan tradisional yang dipertandingkan ialah

1. Lari dalam guni
2. Selipar Gergasi
3. Selipar Tempurung
4. Boling Kelapa
5. Congkak
6. Batu Seremban
7. Tarik Tali
8. Petanque

Berikut adalah keputusan pertandingan yang dimenangi SMK Pending

Petanque  - SMK Pending Juara
Selipar Gergasi - Naib Johan
Batu Seremban  - tempat ketiga

Batu Seremban tempat ketiga


Selipar Gergasi - Naib Juara


Antara pelajar dan guru terlibat

Johan Petanque




 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners