Pelbagai aktiviti telah dijalankan dan negeri Sarawak telah mendapat
tempat ke-3 secara keseluruhan. Dalam acara Boatswain Call (wisel)- perempuan,
pelajar SMK Pending telah menjadi Johan yang diwakili oleh Suhaini Bt Balhi.
Sarawak juga medapat tempat ke-2 dalam ikatan tali (lelaki). Sementara dalam
acara larian berhalang (lelaki), pasukan Sarawak mendapat tempat ke-tiga.
Peserta perkhemahan mula
melapor di PUSKEP pada pukul 2.45
petang pada 8.7.2012 (Ahad).
Peserta-peserta PKBM(L) negeri Sarawak telah menunjukkan komitmen dan berusaha
sedaya upaya untuk menyertai semua aktiviti yang dilaksanakan. Semua peserta
selamat kembali di Sarawak pada pukul 9.20 malam 14.7.2012 (Sabtu) di Lapangan
Terbang Antarabangsa Kuching. Tahniah dan penghargaan diucapkan kepada semua
jurulatih TLDM, guru pengiring yang menjalankan tugas dengan cemerlang, semua
Pengetua dan Penolong Kanan Kokurikulum yang terlibat. Penghargaan khas
diucapkan kepada Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak dan penyelaras unit
beruniform Jabatan Pelajaran Sarawak En. Norman Bin Suhaili yang memberikan keyakinan terhadap kontinjen PKBM(L)
untuk menyertai perkhemahan ini.
Laporan disediakan oleh:
MOHAMAD YAAKUB BIN AHMAD
PEGAWAI TEKNIKAL KEBANGSAAN PKBM(L)
JABATAN PELAJARAN SARAWAK