LDP - Professional Learning Comunities (PLC)

LDP ini telah diadakan di makmal komputer yang melibatkan guru sesi pagi. Program ini sebenarnya membantu bukan sahaja kepada guru-guru malahan juga kepada pelajar untuk memperbaiki keputusan mereka. Program ini sebenarnya merupakan sebahagian daripada inisiatif guru untuk meningkatkan pengajaran guru dengan duduk bersama dan berbincang untuk memperbaiki mutu pengajaran. apa yang penting di sini ialah para guru komited dan bekerja secara kolaboratif yang berterusan dalam membuat inkuiri atau kajian tindakan untuk mencapai prestasi yang lebih baik untuk murid-murid mereka. Diharapkan dengan pendedahan ini akan memberi suntikan semangat yang baru kepada warga guru SMK Pending sesuai dengan motto barunya "Berkesan dan Cemerlang"


Juruacara yang berwibawa

Sumbangan Chung Kwong Methodist Church


Pihak Chung Kwong Methodist Church melalui wakilnya seramai lima orang telah berkunjung ke SMK Pending bagi menyerahkan sumbangan mereka. Sumbangan mereka berbentuk pakaian seragam sebanyak 60 pasang. Pihak sekolah melalui pengetua SMK Pending telah menerima sumbangan tersebut yang diadakan di dewan SMK Pending. Setakat ini pihak sekolah belum menentukan pelajar yang layak menerima bantuan pakaian seragam ini. Disamping itu pihak Chung Kwong Methodist Church juga ingin berjumpa dengan pelajar-pelajar yang menerima sumbangan bantuan makanan yang diberikan kepada 150 orang pelajar miskin. Ini juga merupakan salah satu lagi sumbangan pihak Chung Kwong Methodist Church.

Sukantara 2014 SMK Pending

Acara sukantara di SMK Pending telah dijalankan pada 15.2.2014 (Sabtu) yang melibatkan semua pelajar tingkatan 4. Antara acara yang dipertandingkan ialah Ping pong, Bola Jaring, Futsal, Badminton Sepak Takraw dan bola keranjang. Semua acara melibatkan pelajar perempuan dan lelaki kecuali acara Bola Keranjang hanya ditawarkan kepada pelajar lelaki sahaja dan bola jaring hanya melibatkan pelajar perempuan sahaja begitu juga sepak takraw yang hanya ditawarkan kepada pelajar lelaki. Semua pelajar mewakili kelas masing-masing dalam semua acara yang dipertandingkan. Penglibatan pelajar dalam sukantara ini amat memberangsangkan. Semoga acara ini akan tetap terus dijalankan pada tahun-tahun akan datang







 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners