Pengurusan Kokurikulum - LDP

Warga SMK Pending pada hari ini telah menjalankan satu aktiviti LDP yang berkaitan dengan aktiviti kokurikulum. LDP ini dibahagikan kepada dua slot iaitu slot pertama berkaitan dengan Pengurusan Aktiviti Kokurikulum manakala slot kedua pula merupakan Pengurusan Perkhemahan Unit Beruniform. 

Guru-guru penasihat dinasihatkan supaya mengemaskini fail kelab masing-masing yang antara lain mengandungi : 
1 Surat permohonan menubuhkan Unit Beruniform, Kelab dan persatuan berserta draf perlembagaan, draf aktiviti dan AJK Penaja. 
2.  Surat memohon pelanjutan penubuhan, 
3. Surat kelulusan daripada pengetua, 
4. Minit mesyaurat Agung, 
5. Senarai nama ahli dan pecahan jantina serta kaum

Selain daripada itu setiap kelab dan persatuan perlu ada projek inovasi. Daripada ahli kumpulan bentuk beberapa kumpulan yang mengandungi 10 orang ahli. Setiap kumpulan perlu ada satu projek inovasi sendiri dengan kertas konsep beserta logo kumpulan. Satu ahli jawatankuasa ditubuhkan, sinopsis projek dan carta Gantt pelaksanaan projek.

Guru-guru juga dilengkapkan dengan kemahiran mengendalikan aktiviti unit beruniform. Mereka didedahkan dengan cara berkawad dengan betul, Gajet, ikatan, first aid, dan cara mendirikan khemah. Dengan pengetahuan begini diharapkan guru-guru dapat mengendalikan unit beruniform masing-masing.





Pendaftaran Kokurikulum 2015

Pendaftaran diadakan di Dewan Global SMK Pending pada 15.1.2015. Semua pelajar dikehendaki turun ke Dewan untuk mendaftar aktiviti-aktiviti Kokurikulum yang diminati. Semua pelajar wajib mengambil tiga aktiviti kokurikulum yang melibatkan unit beruniform, Sukan dan Permainan dan juga Kelab. Bagi kelab-kelab elit, pelajar dikehendaki berjumpa semdiri dengan guru penasihat kelab elit untuk ditemuduga sebagai ahli kelab elit.








Bantuan Rakyat 1Malaysia

Pada hari ini sesi penyerahan Bantuan Rakyat 1Malaysia telah diadakan. Sambutan yang meriah kelihatan dimana ibu bapa telah datang menuntut wang tersebut walaupun hujan turun dengan lebat. Penyerahan dilakukan oleh guru tingkatan di kelas masing-masing. Sesi pagi bermula 12 tengahari manakala sesi petang bermula pukul 1.00 petang.


Tranformasi Bilik Darjah

Warga SMK Pending bergotong royong untuk mengecat bilik darjah yang sekian lama tidak dicat. Keadaan yang lusuh dan tidak bermaya telah mula dipulihkan dengan mengecat bahagian dalam bilik darjah daripada semua blok. Sambutan daripada para pelajar dalam usaha mencantikkan bilik darjah amat menggalakkan. Semoga kerjasama ini berkekalan demi kebaikan sekolah dimana tempat kita belajar. Tahniah warga SMK Pending.

Keadaan Kelas sebelum dicat


 Proses mengecat bermula




Keadaan Bilik Darjah yang telah dicat



 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners