Jejak Warisan Merdeka 2010






Program Jejak Warisan Merdeka merupakan satu program tahunan yang dianjurkan oleh Jabatan Warisan Negara (JWN) untuk memeriahkan sambutan bulan kemerdekaan Malaysia. Disamping memberi peluang kepada para pelajar dari pelbagai kaum yang tinggal di kawasan bandar dan luar bandar untuk datang ke Kuala Lumpur bagi mengalami sendiri pengalaman melihat tempat-tempat bersejarah yang mempunyai signifikan kepada kemerdekaan negara, pelajar-pelajar juga akan didedahkan kepada fungsi dan peranan JWN dalam memulihara dan memelihara khazanah warisan negara.
Sebanyak 6 buah sekolah dan satu persatuan iaitu Persatuan Siam Malaysia telah menyertai program ini yang melibatkan 100 orang peserta. SMK Pending satu-satunya sekolah mewakili Sarawak dalam program ini. Mereka ini bertolak ke Kuala Lumpur pada 28.7.2010 dan balik ke Kuching pada 2.8.2010 Tiga orang pelajar telah dipilih dengan diiringi oleh Cikgu Sulia Bedang. Pelajar itu ialah Akhmal Hakim Bin Mohamad dari tingakatan 2A, Marilyn Michelle ak Dickson dari tingkatan 1C dan Yeo Sze Ming dari tingkatan 1F
Mereka ini dibawa ke Putra Jaya International Convention Centre, Tapak Penyelidikan dan Ekskavasi Penyelamatan Tembok Melaka, Memorial Pengistiharaan Kemerdekaan Dataran Merdeka, Memorial Tengku Abdul Rahman dan Taman Budaya. Beberapa gambar kenagan pelajar yang mengambil bahagian dalam Jejak Warisan Merdeka 2010

Ceramah Motivasi Oleh Jackson Ng



Ceramah ini diadakan di Dewan Global SMK Pending ditujukan khas kepada pelajar yang akan mengambil peperiksaan awam. Semua pelajar tingkatan tiga, lima dan 6 telah terlibat dalam ceramah ini bermula pukul 8.30 hingga 9.40 pagi pada 18.10.10 hari Rabu.

Pelancaran Bulan Kemerdekaan dan Bulan Kemanusiaan






Majlis ini telah dilancarkan oleh Pn. Hii Kwong Ing, PK Pentadbiran SMK Pending. Pada hari pelancaran tersebut pelbagai aktiviti diadakan antaranya bacaan puisi bahasa Cina, Melayu dan Inggeris, menyanyikan lagu-lagu patriotik, dan laungan kemerdekaan. Paluan Gong menandakan perasmian bulan kemerdekaan dan Bulan kemanusiaan. Selepas itu diadakan tayangan video kronologi kemerdekaan

 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners