Program Pendidikan Pencegahan Dadah

Sambutan Minggu Anti Dadah diadakan setiap tahun di sekolah selaras dengan arahan Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Unit Pendidikan Pencegahan Dadah.  Sehubungan dengan itu SMK Pending telah menjemput  En Nizam bin Hamdan, Pegawai Pencegahan AADK Negeri Sarawak untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang bahayanya penyalahgunaan dadah. Beliau dibantu oleh En Hazrul Hisham bin Mohamad, Pembantu Antidadah AADK Sarawak

Diharapkan dengan ceramah ini dapat memberi kesedaran kepada semua murid berkaitan dengan bahayanya penagihan dadah yang boleh memudaratkan nyawa dan kesihatan serta membahyakan keselamatan masyarakat. Ceramah ini juga diharapkan dapat mendidik murid-murid membina ketegasan diri dan berani mengatakan "tidak" kepada ajakan dadah.

Ceramah diadakan di Dewan Global SMK Pending yang melibatkan semua pelajar SMK Pending. Disamping mendengar ceramah diadakan juga pameran berkaitan dengan dadah. Ujian Urin juga diadakan kepada beberapa pelajar terpilih. Pada akhir ceramah Pn Ngien Jin Nee telah menyampaikan cenderahati kepada ceramah. Diharapkan dengan adanya ceramah ini telah memberi kesedaran kepada pelajar SMK Pending tentang bahayanya dadah

Laporan disediakan oleh Ngien Jin Nee


















 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners