Pendaftaran Ko kurikulum

Pendaftaran Ko kurikulum telah diadakan pada 5 Jan 2018 yang dikendalikan oleh P.Kanan Kokurikulum En Roslan Sumiran. Beliau telah menegaskan betapa pentingnya keterlibatan pelajar dalam aktiviti ini sebagai salah satu syarat kemasukan ke IPT awam. Pelajar diperjelaskan kegiatan kokurikulum yang ditawarkan di SMK Pending dengan memperkenalkan juga guru penasihat yang terlibat dalam aktiviti tertentu. Semua pelajar dikehendaki mengisi borang dan menyerahkan kepada guru tingakatan untuk mendaftar aktiviti mereka yang menjadi pilihan mereka.











Program Orientasi Pelajar Tingkatan 4

Program ini khas untuk pelajar tingkatan 4  telah diadakan  dari 2 Januari hingga 5 Januari bertempat di Dewan Global SMK Pending. Mereka didedahkan dengan maklumat terperinci tentang subjek yang ditawarkan untuk SPM di SMK Pending oleh guru subjek yang berkenaan. Program bermula dengan ucapan PK Pentadbiran  Pn Hii, yang lebih kepada galakkan untuk pelajar belajar dengan bersungguh-sungguh untuk meningkatkan taraf hidup keluarga. Beliau membandingkan mereka yang berpelajaran dan lulus peringkat tertinggi akan menikmati gaji yang tinggi. Bagaimanapun peluang untuk memasuki ke institusi pengajian tinggi bukan sahaja hanya kejayaan akademik semata-mata malah aktiviti Ko kurikulum juga turut membantu para pelajar masuk ke IPT awam. Demikian ditegaskan oleh PK Kurikulum En Roslan Sumiran. Terdahulu daripada itu PK Hem Ustaz Awang Ariffin telah memberi ucapannya yang berkaitan disiplin. Beliau menegaskan betapa pentingnya displin dalam menentukan kejayaan seseorang. Hala tuju pelajar selepas SPM telah dikendalikan oleh guru Kaunseling Pn Ngien Jin Nie. Peluang dan masa depan yang baik sebenarnya berdasarkan kebolehan dan minat masing-masing berdasarkan ujian psikometrik. 

Minggu Orientasi tingkatan 4 berjaya dilaksanakan dan Pengetua SMK Pending  En Yong Ing Thung telah menutup program orientasi ini dengan harapan semua pelajar berjaya dalam menghadapi peperiksaan awam yang akan diduduki kelak.









Hari Pendaftaran Persekolahan

Hari Pendaftaran Persekolahan telah diadakan pada 30.12.2018. Semua pelajar SMK Pending dikehendaki hadir untuk melapor diri dan membuat sedikit bayaran persekolahan. Pelajar-pelajar bersama ibu bapa telah melaporkan diri di lolaksi yang telah ditetapkan. Mereka juga dikehendaki membeli alat tulis di koperasi sekolah  dan juga mengambil buku teks untuk memulakan hari persekolahan pada 2.1.2018.  Semoga dengan tahun baru ini menambahkan keyakinan dan azam untuk memperbaiki diri dalam akademik.









 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners