Program Motivasi Pelajar SPM

Program ini dijalankan oleh Unit Bimbangan dan Kaunseling SMK Pending. Pihak Sekolah telah menjemput Encik Chee Sok Hui dari Teknologi Kolej Sarawak untuk menyampaikan ceramahnya. Dalam ceramahnya beliau menegaskan bahawa setiap pelajar perlu fokus kepada pelajaran. Apa yang lebih penting daripada itu ialah perlu ada mind set yang positif untuk mencapai kejayaan dalam pelajaran iaitu ingin mencapai kejayaan yang cemerlang dalam SPM. Apabila ada fokus dalam pelajaran dan mind set yang positif barulah seseorang pelajar memikirkan teknik belajar yang betul dan sesuai. Jika semua ini dilakukan kejayaan sedia menanti anda untuk terus maju dalam pelajaran.
Ceramah ini dijalankan pada hari ini iaitu hari Selasa bersamaan 25 September 2012. Ceramah ini bermula kira-kira pada pukul 8.00 pagi dan berakhir sekitar 10.00 pagi bertempat di Dewan Global SMK Pending. Cenderhati telah disampai oleh Puan Ngian kepada penceramah. Diharapkan para pelajar mendapat menafaat daripada ceramah ini dan berusaha untuk kemajuan diri khasnya dan sekolah amnya. Selamat menempuh peperiksaan awam SPM taidak lama lagi



Gotong Royong Perdana

Gotong Royong Perdana telah diadakan di SMK Pending pada 22 September 2012 yang melibatkan semua warga SMK Pending. Gotong royong ini bermula pada pukul 7.00 pagi dan berakhir pada pukul 11.00 pagi. Semua kawasan sekolah sama ada bilik darjah mahupun kawasan luar sekolah merupakan kawasan yang menjadi sasaran untuk kerja-kerja gotong royong ini. Tujuan gotong royong ini adalah untuk mencantikkan kawasan sekolah agar menjadi sekolah yang persekitarannya bersih disamping  dapat mencegah penyakit Denggi. Selain itu dengan adanya gotong royong ini, dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara semua warga SMK Pending dan menamkan sikap cintakan sekolah dimana tempat untuk menimba ilmu

 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners