Majlis Penyampaian Anugerah Sekolah Rakan Alam Sekitar (SERASI) bagi sesi 2016/17

Majlis ini diadakan pada 6 November 2017,  di Hotel Riverside Majestic, Kuching. Program ini dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan Bandar dan Sumber Asli. Seramai 24 orang pelajar dari kelas 4 Sains telah menyertai majlis ini  sebagai penyokong  dan peserta pasukan pameran. Guru Penyelaras yang terlibat ialah Cikgu Kuo Poh Ping dan Cikgu Sophia Nanta.


Bergambar dulu sebelum masuk ke Dewan
Bergambar di Gerai Pameran
Pelancaran Logo Anugerah Serasi

Bergambar selepas majlis penyampaian


SMK Pending juga melibatkan diri dalam Pertandingan Pameran Alam Sekitar yang melibatkan dua orang pelajar dari kelas Sains iaitu Yek  Siew Eng (Ketua), dan Juren Nis ak Jackson Jalin. Guru Penyelaras dalam pertandingan ini ialah Pn Ho Yoke Yeng dari Kelab PALS tingkatan 6 dan Pn Chong Mei Jin dari Kelab SPBT

Sebanyak 6 buah sekolah menengah dari Kuching telah mempamerkan hasil kerja mereka. Antaranya ialah SMK Semerah Padi, SMK St. Joseph, SMK Kuching High, SMK Green Road dan lain-lain lagi. Tema pameran mesti berasaskan alam sekitar. SMK Pending memilih tema “Inovasi Kitar Semula” sebagai tema pameran. Semua bahan pameran terdiri daripada bahan kitar semula yang dibuat oleh murid dan guru.

Tahniah! SMK Pending telah berjaya mendapat JOHAN dalam pertandingan ini yang merupakan kemenangan peringkat negeri.


Datuk Amar Haji Awang Tengah bin Ali Hasan (timbalan ketua menteri) berkunjung ke gerai pameran.

Menerima hadiah Johan Pertandingan Pameran yang berbentuk wang tunai, plak dan sijil penyertaan.

Bergambar selepas majlis anugerah bersama peserta pameran.

Menerima hadiah Johan Pertandingan Pameran yang berbentuk wang tunai, plak dan sijil penyertaan.

Penilaian sedang dijalankan.

Tema pameran

Eco-enzim

Penjelasan kepada guru dan murid-murid yang berkunjung ke gerai.

Disamping itu SMK Pending juga terlibat dalam pertandingan Anugerah Sekolah Rakan Alam Sekitar (SERASI) bagi sesi 2016/17 Guru Penyelaras dalam pertandingan ini ialah Pn Ho Yoke Yeng (Kelab Pals Tingkatan 6) dan guru-guru penyalaras taman 3K. SMK Pending  dinobatkan sebagai Pemenang Komponen Pengurusan Alam Sekitar Terbaik (Kategori Sekolah Menengah)

Sebanyak 676 buah sekolah rendah dan menengah dari seluruh Sarawak telah menghantar penyertaan kepada NREB untuk penilaian pertama. 241 buah sekolah telah berjaya masuk ke penilaian peringkat kedua. 27 buah sekolah kemudian telah dicalonkan ke peringkat akhir.  Seramai 40 orang guru pula telah dicalonkan oleh guru besar dan pengetua di seluruh Sarawak untuk Anugerah Guru Serasi Terbaik.

Pengetua menerima hadiah yang berbentuk wang, plak dan sijil

Bergambar selepas habis majlis anugerah

Bergambar bersama pemenang-pemenang komponen yang lain.


Laporan disediakan oleh
Pn Ho Yoke Yeng

Bantuan Scientific Calculator daripada Persatuan Kebajikan HOPE Malaysia

Bantuan ini telah disampaikan oleh wakil HOPE Malaysia cawangan Sarawak, Encik Stephen George kepada pelajar SMK Pending yang memerlukan Scientific  Calculator ini. Dalam Ucapan alu aluan pengetua SMK Pending Encik Yong telah mengucapkan terima kasih dan berharap usaha ini berterusan pada masa akan datang. 
Upacara pembahagian calculator ini telah diadakan di Bilik Serbaguna yang disampaikan sendiri oleh Encik Stephen George. Seramai 20 orang telah menerima calculator ini dan diharapkan dapat membantu para pelajar untuk meneruskan pelajaran mereka. Pengetua kemudiannya telah memberi sijil penghargaan kepada Encik Stephen.








 

Majlis Graduasi dan Anugerah Cemerlang 2017

Majlis ini di adakan pada 28.10.2017 melibatkan pelajar tingkatan 6, 5 dan 3. Semua pelajar tingkatan 6 telah menerima sijil sebagai tamat pengajian sesi 2016/2017. Sijil disampaikan oleh Milton Foo wakil YB Datuk Prof. Dr. Sim Kui Hian Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak. Selaian daripada itu pelajar telah telah menerima hadiah tempat pertama, kedua dan ketiga setiap tingkatan dan juga pelajar terbaik bagi setiap matapelajaran. Anugerah Pencapaian kokurikulum dan anugerah khas kepada pelajar yang berjaya dalam pencapaian masingt-masing.
Persembahan tarian dan nyanyian turut diadakan bagi memeriahkan majlis pada hari itu.















 

Hari Sukan Negara peringkat SMK Pending

Sambutan Hari Sukan Negara telah di isytiharkan pada setiap hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun. Sambutan Hari Sukan Negara ini merupakan suatu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan di mana ia adalah satu langkah pro aktif didalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Bersukan’ (Sporting Nation).
Bagi sekolah SMK Pending antara aktiviti yang dijalankan ialah senamrobik yang dikendalaikan oleh Puan Sophia Nanta, Futsal oleh Cik Asfa, SEGAK yang dikendalaikan oleh Cikgu Mujahidin dan Cikgu Alexander, Petanque, pemeriksaan kesihatan, bola jaring,  dan beberapa lagi aktiviti lain.












 


 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners