
Tempat ke tiga pertandingan Landscape anjuran MBKS
Mansor Zainal, 22 August 2015
Labels:
Pentadbiran
Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Bulan Kemanusiaan 2015
Mansor Zainal, 20 August 2015
Pelancaran Bulan Kebangsaan dan kemanusiaa telah diadakan pada 19.8.2015 bertempat di Dewan Global SMK Pending. Pelbagai acara dijalankan sempena pelancaran Bulan Kebangsaan antaranya tayangan video peristiwa-peristiwa penting dalam sejarah negara. Disamping itu diadakan peresmbahan drama dan tarian Cina dan India bagi melambangkan pelbagai budaya dalam masyarakat negara ini.
Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Bulan Kemanusiaan 2015 secara rasminya bermula apabila tuan pengetua bersama-sama Penolong Kanan Pentadbiran meniup sumpit untuk memecahkan belon sebagai tanda persamian kedua-dua bulan ini. Disamping itu bidang kemanusiaan mengadakan pelbagai aktiviti sempena bulan kemanusiaan dari tingkatan 1 hingga 5. Bersama-samalah kita menjayakan bulan kebangsaan dan kemanusiaan. Hadiah akan diberikan kepada mereka yang berjaya mendapat tempat dalam setiap kategori dipertandingkan
Labels:
Pentadbiran
Firedrill 2015
Mansor Zainal, 18 August 2015
Baru baru ini latihan firedrill diadakan pada 14.8.2015. Semua warga SMK Pending digemparkan dengan kehadiran bunyi siren daripada pasukan bomba yang datang sendiri ke sekolah untuk menjalani latihan kebakaran. Tujuan latihan ini adalah untuk melatih pelajar-pelajar jika sekiranya berlaku kebakaran dengan mematuhi perkara-perkara yang harus dilakukan jika berlaku kebakaran. Mereka mesti bergerak mengikut arah yang ditetapkan dan berkumpul di kawasan yang juga telah ditutupkan.
Pihak bomba juga telah mengadakan demontrasi tentang cara penggunaan alat pemadam api apabila berdepan dengan api yang kecil sebelum kedantangan bomba. Pengetua, beberapa orang guru dan pelajar telah mencuba menggunakan alat pemadam api. Semoga tunjuk ajar cara penggunaan alat pemadam api ini sedikit sebanyak memberi pengalaman yang berguna jika berlaku saat-saat kecemasan.
Labels:
Pentadbiran
Anugerah Pelajar Terbaik Yayasan Sarawak
Mansor Zainal, 17 August 2015
Labels:
aktiviti kurikulum 2015
Subscribe to:
Posts (Atom)