HARI KELUARGA KELAB UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING








      Pada 14 Mei 2011 bersamaan hari Sabtu, kelab-kelab di bawah pengelolaan Unit Bimbingan & Kaunseling iaitu Kelab Skim Lencana Anti Dadah (SLAD), Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) dan Kelab Bimbingan dan Kaunseling Kerjaya (KBKK) telah bergabung tenaga bagi menjayakan Hari Keluarga. Sambutan Hari Keluarga ini telah diadakan di Gelanggang Bola Tampar, SMK Pending. Objektif hari keluarga ini diadakan adalah untuk memupuk sifat kepimpinan, kerjasama, dan pergaulan yang baik, mengeratkan hubungan silaturrahim dan semangat perpaduan serta menjalin semangat kekitaan dan kebersamaan dalam kalangan ahli kelab di bawah naungan Unit Bimbingan dan Kaunseling. Hari Keluarga ini mendapat sambutan yang menggalakkan melibatkan seramai 55 orang ahli bersama Guru Penasihat iaitu En. Mos, Pn. Norezayu dan Pn. Ngien Jin Nee. Manakala Cik Raja Nurulhuda tidak dapat meraikan bersama kerana terlibat dengan seminar Safety For Children In The Internet and Social Media di Kingwood Inn, Kuching. Majlis perasmian telah dirasmikan oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM), Puan Wong Nguk Chin. Majlis ini juga telah dihadiri oleh Pengetua En. Joseph Ng Shan Tsing dan Penolong Kanan Ko-Kurikulum En. Roslan Sumiran. Pelbagai acara menarik telah dijalankan seperti senamrobik serta sukaneka yang dikendalikan oleh AJK pelajar. Majlis diakhiri dengan acara penyampaian hadiah oleh En. Roslan Sumiran serta majlis menjamu selera. 

 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners