BENGKEL CARA BERKESAN BERHENTI MEROKOK

SMK Pending, 5 MEI 2011 - Unit Bimbingan dan Kaunseling Sesi Petang menganjurkan Bengkel Cara Berkesan Berhenti Merokok. Seramai  49 orang pelajar sesi petang yang dikenalpasti merokok terlibat dalam bengkel ini yang berlangsung dari pukul 2:00 petang hingga 3:30 petang. Terdapat dua slot ceramah yang disampaikan. Ceramah pertama bertajuk, ”Cara Berkesan Berhenti Merokok” telah disampaikan oleh Cik Hasni Bt. Hashim yang merupakan Guru Pendidikan Seni sesi pagi. Ceramah kedua pula bertajuk, “Penagihan Rokok”. Ceramah ini telah disampaikan oleh Cik Raja Nurulhuda Bt. Raja Ibrahim iaitu Guru Bimbingan dan Kaunseling.





Objektif bengkel seumpama ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada para peserta tentang kandungan bahan kimia berbahaya dalam rokok yang menyebabkan ketagihan dan bahaya rokok terhadap kesihatan perokok. Di samping itu, mewujudkan kesedaran peserta untuk mengurangkan pengambilan rokok dan sekaligus berazam untuk berhenti merokok. Pendedahan awal ini sangat penting kerana mencegah lebih baik daripada mengubati. Bengkel ini sedikit sebanyak telah mencapai objektif yang telah digariskan dan dapat dilihat melalui respons dan maklum balas yang amat menggalakkan daripada peserta kursus semasa sesi ceramah dan kuiz pendek diajukan.

 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners