SMK Pending mendapat Pengetua Baru



Nama pengetua baru SMK Pending ialah En Ivor Emmanuel Lim Ho Huat. Mula berkhidmat sebagai guru di  SMK Bau pada tahun 1983 kemudian berpindah ke SMB St.Thomas. Mata pelajaran yang diajar di kedua-dua sekolah ini ialah Kimia, Matematik dan Pendidikan Jasmani. Di SMK St Thomas, beliau menjadi guru disiplin dan Penyelaras Peperiksaan SPM, STPM bagi kawasan Kuching. Beliau juga menjadi fasilitator Kurikulum Baru Sekolah Menengah.


Pada tahun 1992 beliau berpindah ke Pejabat Pelajaran Kuching sebagai penolong pengarah bahagian Penilaian dan Peperiksaan, membantu mentadbir pelaksanaan STPM Sains Amali dan Peperiksaan Luar Negeri.


Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana di Institut Aminudin Baki dalam bidang Pembangunan Manusia. Setelah tamat pengajian, beliau terus ditempatkan ke Jabatan Pelajaran Negeri dan kali ini sebagai Penolong Pengarah Kewangan dari tahun 1998 hingga 2004. Tahun 2005 berpindah ke SMK Gapor sebagai Penolong Kanan I. Tidak lama kemudian beliau diarahkan berpindah ke SMK Semantan pada tahun 2006 sebagai pengetua di sana. Pada tahun 2009 beliau berpindah lagi ke Kuching High sehinggalah pada Mei tahun 2012. Kini beliau berada di SMK Pending sebagai pengetua. Selamat bertugas di sekolah baru

Tip Penyediaan Resume dan cara menghadapi temuduga

Ini merupakan satu siri ceramah kerjaya yang diselenggarakan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Pending. Ceramah ini diadakan di Dewan Global SMK Pending pada 20.6.2012. Penceramah yang dijemput datangnya dari Jabatan Tenaga Kerja Sarawak. Semua pelajar tingkatan lima dan enam atas telah terlibat dalam program ini. Antara tip penyediaan resume yang berkesan :
1.  Menyatakan jawatan yang dipohon
2.  Maklumat yang releven dengan jawatan
3.  Menonjolkan kebolehan dan pencapaian anda
4.  Padat dan mudah difahami
5.  Kreatif tetapi jujur


Bagi tip temuduga pula adalah disarankan ....


Sebelum Temuduga
1.  Kenalpasti kehendak majikan
2.  Bersedia dengan soalan-soalan yang bakal ditanya berkaitan dengan jawatan dipohon
3.  Menyediakan jawapan yang munasabah
5.  Membuat latihan temuduga


Semasa Temuduga
1.  Beri salam atau ucapan selamat kepada panel temuduga
2.  Mempunyai keyakinan diri dan motivasi yang tinggi serta tenang
3.  Jangan menguasai sesi temuduga
4.  Jangan membesar-besarkan diri serta bercakap panjang
5.  Jangan cerita masalah peribadi
6.  Jangan bertengkar dengan panel temuduga
7.  Jangan mengkritik bekas majikan anda atau mana-mana pihak lain


Setelah Temuduga
1.  Biar panel temuduga menamatkan sesi temuduga
2.  Apabila sesi temuduga tamat, berilah ucapan terima kasih kerana meluangkan masa dengan anda
3.  Tinggalkan bilik temuduga dengan segera dan sopan santun. Pastikan tiada barang milik anda tertinggal


Pada akhir ceramah pelajar diberi beberapa soalan. Pelajar yang berjaya menjawab dengan betul akan menerima hadiah berupa payung. Cemarah ini berakhir kira-kira pukul 10.30 pagi. Pihak sekolah telah memberi cenderahati kepada penceramah Encik Zaki bin Hasan dan Cik Rozita sebagai tanda penghargaan.







Hari Koperasi SMK Pending 2012

Pelancaran Hari Koperasi peringkat sekolah telah diadakan pada 18 Jun 2012. Pelancaran ini telah disempurnakan oleh pengetua baru SMK Pending yang dijalankan di Dewan Global SMK Pending. Pelbagai aktiviti telah dijalankan iaitu pembacaan perutusan. menanam pokok menyanyikan lagu koperasi dan tidak lupa edaran tanda peringatan HKS kepada guru-guru dan para pelajar






 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners