Sumbangan Dr Sim Kui Hian

SMK Pending telah menerima sumbangan berupa wang sebanyak RM 5000.00 daripada Dr Sim Kui Hian baru baru ini. Majlis ringkas ini telah diadakan di pejabat pengetua SMK Pending. Cek telah disampaikan oleh wakil Dr Sim Kui Hian iaitu Tan Kai iaitu setiausaha politik kepada YAB Ketua Menteri Sarawak. Tuan pengetua telah menerima sumbangan ini bagi pihak sekolah disaksikan oleh bendahari PIBG dan penolong kanan. Semoga sumbangan ini dapat membantu sedikit sebanyak dalam memajukan SMK Pending





Bantuan Persekolahan 2017

Bantuan Persekolahan 2017 telah diadakan di Dewan SMK Pending baru-baru ini. Bantuan ini ditujukan khas kepada pelajar miskin. Seramai 60 orang pelajar SMK Pending telah menerima bantuan ini dan selebihnya dari Sekolah Tun Abang Hj Openg. 

Bantuan kewangan ini atas usaha Persatuan Pendidikan Islam yang cuba mendapat bantuan daripada Yayasan Ikhlas. Yayasan Ikhlas berjaya mendapat sponsor dari eTiQa berupa wang tunai sebanyak RM 100.00 dan barang keperluan harian. 

Turut hadir dalam Majlis ini ialah wakil Yayasan Ikhlas dan eTiQa. Pengetua SMK Pending turut juga hadir untuk bersama-sama meraikan majlis penyerahan ini kepada para pelajar. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Awang Ariffin yang juga PK Hem SMK Pending







First Aid and Home nursing competition 2016



First Aid and Home nursing competition 2016, telah diadakan pada 26th and 27th Nov 2016 di St John HQ
Sebanyak 2 teams dihantar iaitu kadet ambulance (Lelaki) dan kadet nursing (perempuan)
Kadet ambulance : Ting Guan Yuan 5S(leader), Jason Yap 5S, Lai Zhi Hao 3D, Bong Siang Sheng 5C, Chai Yong Cheng 3C
Kadet nursing : Angel Bong En Min 5S (leader), Ivy Sim Kai Sin 5S, Lim Jia Xin 5S, Debbie Ling 5C, Au Shu Ying 2C.
Pencapaian : Kadet nursing, first runner up
Guru Pengiring : Chin Yen Yen & Kuo Poh Ping

Laporan disediakan oleh Kuo Poh Ping






 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners