Program DAKU (Demi Anak-anakku Kami Usahakan)

 12 Julai 2014 (Sabtu) –-  Program DAKU merupakan program Sarana Sekolah yang diadakan khusus untuk membantu pelajar sekolah yang dalam kategori miskin bandar.  Untuk itu, pihak sekolah amat mengalu-alukan penglibatan pihak NGO membantu kumpulan pelajar ini.  Atas inisiatif tersebut, pihak sekolah telah menerima sumbangan berupa kelengkapan sekolah daripada pihak NGO; City Care Community Service . Seramai 300 orang pelajar (Peralihan hingga Tingkatan 6 Atas)  telah disenaraipendek untuk menerima sumbangan tersebut.  Satu Majlis ringkas penuh bermakna telah diadakan di Dewan Global SMK Pending pada pukul 9:00 pagi.  Seramai 165 orang ibu bapa pelajar telah hadir menyaksikan penerimaan sumbangan tersebut.  

Laporan disediakan oleh Anita Hasbi






HARI BERSAMA IBU BAPA (HBIB) 2 / 2014

 12 Julai 2014 (Sabtu) –-  Hari Bersama Ibu Bapa 2 / 2014 ; acara lazim tahunan kali kedua ini diadakan bertujuan untuk memberi ruang dan peluang kepada pihak sekolah dan pihak ibu bapa untuk  mengetahui pencapaian akademik anak-anak dalam Peperiksaan Penggal lepas (Peperiksaan 2).  Program ini bermula pada pukul 7:00 pagi .  Ibu bapa bersama-sama anak mengambil buku laporan daripada guru tingkatan di kelas masing-masing .  Dalam pertemuan ini para guru dan para ibu bapa dapat berbincang tentang pencapaian akademik dan perkembangan sahsiah anak-anak .  Buku Sarana Ibu Bapa turut diedarkan kepada para ibu bapa ; satu keluarga satu Buku Sarana Ibu Bapa.  Buku Sarana Ibu Bapa merupakan satu buku panduan keibubapaan yang disediakan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia, yang merupakan salah satu agenda dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.  Pada masa yang sama, pelajar bermasalah disiplin bersama-sama ibu bapa masing-masing berjumpa guru penyelaras disiplin di Bilik Operasi Peperiksaan.  Perbincangan dan maklum balas tersebut diharapkan mampu mempertingkat kejayaan anak-anak dalam peperiksaan selain cemerlang sahsiah.

LAPORAN DISEDIAKAN OLEH ANITA HASBI



Insentif Kecemerlangan YB Datuk Dr Jerip Susil

9 Julai 2014  –-  Insentif Kecemerlangan YB Datuk Dr Jerip Susil merupakan satu bentuk galakan  untuk pelajar-pelajar SMK Pending yang telah berjaya mencapai kejayaan cemerlang dalam peperiksaan awam 2012- 2013 .   Usaha murni ini tercetus hasil lawatan muhibah AJK PIBG 2012/2014 ke atas YB Datuk Dr Jerip Susil pada 17 Januari 2014 yang lepas.   YB Datuk Dr Jerip Susil telah hadir sebagai tetamu kehormat  Hari Anugerah Cemerlang 2013 (1 November 2013) yang lepas.   Satu majlis ringkas penyerahan Insentif Kecemerlangan YB Datuk Dr Jerip Susil telah berlangsung di Bilik Pengetua SMK Pending, yang disampaikan oleh Encik Ivor Emmanuel Lim (Pengetua SMK Pending).  Turut hadir menyaksikan penyerahan insentif tersebut; Pn. Norlela Abdullah (YDP PIBG) dan Pn. Hii Kwong Ing (PK Pentadbiran) dan Pn. Sii Ai Sian (PK Tingkatan 6). Seramai 39 orang pelajar layak menerima insentif ini.   Insentif kecemerlangan ini diharapkan dapat memacu kecemerlangan pelajar-pelajar SMK Pending dalam peperiksaan awam pada masa akan datang.  

LAPORAN DISEDIAKAN OLEH ANITA HASBI



 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners