Gunung Santubong ditawan lagi!!!!!!

Kelab Pelancongan SMK Pending dengan diketuai oleh Cikgu Richard Soon dan beberapa orang guru lain iaitu Ckigu Ainelan, Cikgu Thian Hian Fah dan Cikgu Bong.S.P telah membawa seramai 44 orang pelajar mendaki gunung Santubong.




Pendakian bermula pukul 8.00 pagi . Kami sampai ke puncak gunung kira-kira pukul 12.00 tengah hari. Kami turun ke kaki gunung pada pukul 3.00 petang.


Annual Inspection St. John Ambulance



Pada 28 Februari 2009 SMK Pending telah mengadakan Annual Inspection bagi Pasukan St. John Ambulance. Pemeriksaan barisan telah disempurnakan oleh Dato Sri Ang Lai Soon. Perbarisan ini melibatkan pelajar seramai 40 orang.
Selain daripada itu upacara kenaikan pangkat juga telah diadakan dimana beberapa orang pelajar SMK Pending telah dinaikkan pangkat.
Terdapat juga aktiviti-aktiviti lain yang diadakan di dalam Dewan SMK Pending iaitu Pameran Hasil Kerja dan Gambar-gambar menarik aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh St.John Ambulance. Disamping itu diadakan demo CPR yang sedikit sebanyak memberi pengetahuan kepada para ahli tentang cara melakukan CPR itu.

Tarian di Waterfront Kuching?

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Negeri Sarawak dengan kerjasama Kuching Waterfront telah mengadakan Program Pusat Seni Setempat bertempat di Godown Amphitheatre Kuching Waterfront. SMK Pending telah dijemput mengambil bahagian dalam program tersebut. Antara tarian yang dipersembahkan oleh SMK Pending ialah

1. Tarian Zapin Sebat
2. Tarian Zapin Pekajang
3. Tarian Joget Seri Sarawak
4. Tarian Zapin Putar Alam.

Berikut antara gambar-gambar menarik yang dipersembahkan oleh SMK Pending.



Majlis Tadarus al Quran


Majlis Tadarus al Quran telah diadakan di SMK Tabuan Jaya dengan jayanya. Pertandingan ini diadakan pada 26 Februari 2009. Terdapat dua kategori yang dipertandingkan iaitu

1. Syarahan
2. Tilawah al Quran.

Pertandingan syarahan telah disertai oleh adik Arif Adly dan Dalila Abdullah. Sementara Tilawah al Quran disertai oleh adik Mohd.Sahari bin Abdullah. Bagi tilawah al-Quran, SMK Pending telah menghantar wakilnya iaitu adik Dalila Abdullah dan Mohd Sahari.
SMK Pending telah berjaya mendapat tempat kedua dalam pertandingan syarahan.


Perkhemahan Pasukan Badan Beruniform Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan 2009

Berjumpa kawan baru semasa perkhemahan di Kelantan
Perkhemhan di Kelantan

Jocy Jenet Bong Mei Chen salah seorang pelajar SMK Pending yang mungkin ramai dikalangan warga SMK Pending tidak mengenalinya. Namun penglibatannya dalam kegiatan badan beruniform tidak dapat dinafikan. Beliau merupakan pelajar tingkatan 2A. Penglibatannya dalam badan beruniform bermula dengan menyertai Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform di SMK Lake,Bau Kuching. SMK Pending telah menghantar seramai 20 orang yang terdiri daripada pelbagai unit beruniform iaitu pengakap,Pandu Puteri,St John Ambulance,Boy's Brigade,Girl's Brigade,KRS,dan PBSM. Mei Chen merupakan ahli Girl's Brigade
Daripada perkhemahan tersebut Mei Chin telah dipilih untuk mewakili bahagian Kuching bersama 20 orang pelajar yang lain daripada pelbagai unit beruniform ke SMK Kapit N0.2 selama lima hari empat malam.
Kelibat Mei Chin memang hebat apabila beliau dipilih sekali lagi dan kali ini mewakili Sarawak ke Perkhemahan Pasukan Badan Beruniform Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan dan jemputan Antarabangsa Thailand pada 24 April hingga 30 April di Kem Tangok, Bachok Kelantan.Syabas diucapkan kepada Mei ChenPerkhemahan di Kapit

Perkhemahan di Kapit

Perkhemahan di SMK Lake Bau

Antara 20 orang pelajar yang mewakili SMK Pending ke Perkhemahan di SMK Lake Bau
Berjumpa kawan baru semasa Perkhemahan di Kelantan

Kontingen Sarawak Ke Kelantan Untuk Perkhemahan Pasukan Badan Beruniform

Pertandingan Kawad Kaki KRS

Pertandingan kawad kaki KRS dan NGO sekolah-sekolah Bahagian Kuching 2009 telah diadakan di SMK Matang Jaya pada 15.4.2009.
Smk Pending buat pertama kalinya telah mengambil bahagian yang melibatkan 37 orang pelajar. sebanyak 44 buah pasukan telah mengambil bahagian di seluruh Kuching. Walaupun SMK Pending tidak berjaya, namun semangat yang ditunjukkan oleh peserta sedikit sebanyak memberi pendedahan dan pengalaman kepada pasukan KRS SMK Pending. Cuba lagi, semoga berjaya pada pertandingan yang akan datang. Berikut adalah sebahagian gambar pelajar yang mengambil bahagian.


Program Pembangunan Diri

Program ini diadakan di bilik APD SMK Pending. pelajar yang terlibat merupakan pelajar tingkatan 3G dan 3H. antara objektifnya ialah

1. Memberi peluang kepada pelajar untuk mengenali diri sendiri dengan lebih mendalam
2. Meningkatkan kesedaran di dalam diri pelajar betapa pentingnya mengenali diri sendiri sebelum mengenali orang lain untuk mencapai kejayaan
3. Menggalakkan pelajar menjelajah diri dan memahami kekuatan
dan kelemahan mereka
4. Mengggalakkan ahli mendapat maklum balas tentang diri mereka mengikuti panduan mereka
5. Mengenalpasti rakan yang sesuai sebagai rakan belajar
6. Membina semangat kerjasama dan toleransi dalam kumpulan

Berikut adalah gambar-gambar menarik tentang aktiviti yang dijalankan :






 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners