SMK Pending menang lagi!!!!!!!!











Kem Bina Jatidiri PKBM(L) Peringkat PWTL Kuching
Kem Bina jatidiri ini telah dianjurkan oleh Pejabat Tentera Laut Kuching yang diadakan di Siar Beach Resort, Lundu dari 13.3.2009 hingga 15.3.2009. Guru Pengiring/pengurus bagi SMK Pending ialah Cikgu MOHAMAD YAAKUB BIN AHMAD,Cikgu
ZAIDI MORNI dan Cikgu RAFIDAH MOHD RAFAT sementara Ketua Platon pula BM STEFAAN LOPEZ AK GERARD dan penolongnya BM STANLEY FAIRY AK EMPALING. Seramai 33 orang pelajar telah melibatkan diri dalam kem jati diri ini, sembilan orang daripadanya pelajar lelaki dan bakinya adalah pelajar perempuan. Antara aktiviti yang dipertandingkan ialah
1.Pertandingan bola sepak pantai
2.Sukan Bola Tampar pantai
3.Kebudayaan - Lakonan.
4.Ikthiar Hidup
5.Mencari Harta Karun
6.Membina Istana Pasir
7.Guru Penasihat Terbaik
8.Laskar Terbaik Kadet Laut
9.Keseluruhan Terbaik

Hampir kesemua acara yang dipertandingkan dimenangi oleh SMK Pending. Tahniah Pending. Berikut adalah keputusan yang luar biasa yang dicapai oleh SMK Pending

1 Ikhtiar Hidup Tempat Pertama Platun 33 org Hamper
2 Mencari Harta Karun Tempat Pertama Platun 33 org Hamper
3 Bola Tampar Pantai Tempat Pertama Kumpulan 7 org Hamper
4 Persembahan Kebudayaan Tempat Pertama Kumpulan 13 org Hamper
5 Guru Penasihat Terbaik - Individu Lt. Muda (PKBM(L) ZAIDI BIN MORNI Trofi
6 Laskar Terbaik Kadet Laut - Individu BM STEFAAN LOPEZ AK GERARD Trofi
7 Keseluruhan Terbaik - Platun 33 org Teori + Hamper
8 Bola Sepak Pantai Tempat Kedua Kumpulan 7 org -
9 Membina Istana Pasir Tempat Kedua Platun 33 org

Berikut adalah keputusan ujian kenaikan pangkat

1 BM STEFAAN LOPEZ AK GERARD
2 BM STANLEY FAIRY AK EMPALING
3 BM RAMLEE BIN SULAIHI
4 LK CLEVERONE ANAK DUALIN
5 LK JESSSICA AK GAYAR
6 LK PUI BUI LEE
7 LK BONIFACE RAPH AK JONIK

Keputusan SPM 2008

Berikut adalah pencapaian mengikut subjek

BM – 87.8% (-1.5%)
BI – 75.5 % (-3.5%)
Sejarah – 52.7% (+1.7%)
Matematik – 74.1% (-9.0%)
Sains – 89.1% (+8.8%)
Pend Moral – 72.5% (-3.1%)
Pend Islam – 63.0% (-15.6%)
Perdagangan – 80.5% (+10.0%)
Geografi – 66.7% (-9.6%)
PSV - 100% (+2.00%)
Biologi – 80.7% (-14.6%)
Fizik – 98.5% (-1.5%)
Kimia – 94.1% (+5.3%)
Mat Tambahan – 84.4% (+2.0%)
EST – 97.7% (-2.3%)
Sains Sukan – 27.3% (-55.3%)
Prinsip Perakaunan -53.6% (-15.5%)
Ekonomi Asas – 74.4% (+13.4%)
Bahasa Cina – 100% (Kekal)

Pelajar Cemerlang
1. Ting Lee Tze – 11A1

2. Lim Anne Yee – 8A1, 3A2

3. Ngu Ung Choo – 8A1, 2A2, 1B3

4. Karen Lim Mei Er – 5A1, 4A2

5. Oliver Chua Yaw Kwang – 6A1, 2A2

6. Chai Poh Zhuang – 5A1, 2A2

7. Lee Shui Shun – 5A1, 2A2

8. Jeffrey Hii Wen Jiang – 5A1, 1A2

Kejohanan Bola Keranjang Lelaki 18 TKB Zon Kuching

SMK Pending telah menjadi penganjur pertandingan bola keranjang bawah 18 tahun pada 6 hingga 14 April 2009. Pertandingan ini dijalankan di Stadium Sentosa Batu 7. Sebanyak 23 buah sekolah terlibat dalam kejohanan ini. Cikgu Bong Siew Phew adalah Pengurus Pasukan bagi SMK Pending disamping sebagai pengelola pertandingan ini. Antara sekolah terlibat ialah :







Sekolah yang Berjaya masuk ke suku akhir ialah

ripDaripada enam buah sekolah tersebut, empat daripadanya masuk ke separuh akhir iaitu

KpKeputusan pertandingan



Johan : SMK siburan


Naib Johan : Lodge School


Tempat ketiga : SMK Bandar Kuching No.1


Tempat keempat : Chung Hua No.1


Kejohanan ini ditutup dengan rasminya oleh Penolong Kanan Kokurikulum, En Abdul Hamid Bin Alias

Mesyuarat Agung PIBG 2009


SMK Pending telah mengadakan mesyuarat Agung PIBG bagi sesi 2008/2010 pada hari Sabtu 28 Mac 2009. Seramai 354 orang telah hadir dalam mesyuarat itu yang terdiri daripada 105 orang guru dan 249 orang dari kalangan ibubapa. Sesungguhnya kehadiran ibubapa ini tidak dijangkakan.


Agenda mesyuarat PIBG
1. Ucapan aluan Tuan Pengetua
2. Ucapan YDP PIBG
3. membentang dan menerima minit mesyuarat Agung yang lalu
4. membentang dan menerima laporan tahunan setiausaha PIBG
5. membentang,menerima dan meluluskan penyata kewangan
berakhir 31.12 sebelumnya.
6. membahaskan usul
7. pembubaran jawatankuasa PIBG sesi 2008/10
8. pemilihan jawatankuasa PIBG sesi 2009/10
9. pemilihan juruaudit dalaman
10. ucapan penangguhan
11. hal-hal lain

Jawatankuasa PIBG 2008

Yang Dipertua Tuan Haji Yahya Bin Ibrahim
Naib Yang Dipertua En.Ishak Bin Haji Ibrahim
Setiausaha En.Mohd Yaakub Bin Ahmad
Penolong Setiausaha En.Zaidi Bin Morni
Bendahari En.Abdul Aziz Bin Mohd Bohari
Penolong Bendahari Pn.Kuo Poh Ping
AJK Wakil Guru :
Pn.Lucy Kelon
En.Abdul Hamid Bin Alias
En.Tsai Chin Jew
Pn.Sulia Bedang

Wakil Ibu Bapa
En.Eden Bin Sani
Pn.Margeret Choo Chun Say
Pn.Hamidah Binti Daud
Pn.Noridah Binti Haji Husani
Pn.Norela Binti Abdullah
Pn.Halimah Binti Hamdan




Jawatankuasa PIBG yang baru 2009

Jawatan Nama
Yang Dipertua En.Zulkeplee @ Ibrahim Meni
Naib Yang Dipertua En.Abdul Hamid Bin Alias
Setiausaha En.Mohd Yaakub Bin Ahmad
Penolong Setiausaha En.Zaidi Bin Morni
Bendahari En.Abdul Aziz Bin Mohd Bohari
Penolong Bendahari Pn.Kuo Poh Ping
AJK Wakil Guru :
Penolong Kanan
Pn.Wong Nguk Chin
Cik Oh Li Ying
Pn.Sulia Bedang

Wakil Ibu Bapa
En.Arifin Anak Adam
En.Hamdan Bin Bujang
En.Eden Bin Sani
Pn.Noridah Binti Haji Husani
Pn.Hamidah Binti Daud
En.Jonathan Anak Amat

Sumbangan Tuan Haji Yahya Bekas YDP PIBG
1. Meluluskan peruntukan
2. membantu perancangan aktiviti bagi ibubapa pelajar
3. Mengumpul dana PIBG. Sebanyak RM 40 000
4. Mengubahsuai bilik guru kanan

Pandu Puteri SMK Pending meraikan Sambutan Hari Peringatan Sedunia 2009

Sambutan Hari Peringatan Sedunia (Persatuan Pandu Puteri) 2009 telah diadakan pada 11 April 2009 di Auditorium “ Islamic Information Centre” Jalan Ong Tiang Swee. Aktiviti tersebut telah turut dihadiri oleh Ybhg. Datuk Patinggi Toh Puan Dayang Norkiah (Penaug), Ybhg Datin Amar Dayang Morliah Binti Datuk Haji Awang Daud (Presiden Persatuan Pandu Puteri Cwgn Negeri Sarawak), Datin Hajah Zalilah Muhd Taib (Pesuruhjaya Persatuan Pandu Puteri Malaysia), Puan Annie Sim (Ketua Pesuruhjaya Cwgn. Negeri Sarawak)

Seramai 28 orang ahli Persatuan Pandu Puteri SMK Pending telah menyertai aktiviti yang telah diadakan tersebut. Empat orang telah diberi tanggungjawab menaikkan panji-panji dibawah pimpinan Puan Noraida Abdullah (Guru Penasihat dan AJK Panji-panji), lapan orang pula telah membuat persembahan Tarian Zapin dan yang selebihnya telah diberi tugas membantu penagihan makanan kepada para ahli-ahli yang hadir.

Pihak persatuan ingin mengucapkan terimakasih kepada Puan Catherine Leonard selaku guru penasihat dan juga AJK Persembahan dan saudara Fernadez pelajar Tingkatan 5 yang telah banyak membantu melatih para penari sepanjang persiapan untuk Sambutan Hari Peringatan tersebut.

Visi SMK Pending

BERKESAN DAN CEMERLANG

Lagu Sekolah





      Lagu "Bersatu Memajukan Sekolah" telah dicipta pada tahun 1991. Pada ketika itu Pengetua sekolah SMK Pending ialah En Lawrence Chong dan Penolong Kanan 1 ialah Pn Hajah Fatimah Abdullah (kini Yang Berhormat). Sebenarnya lagu ini muncul sebagai pemenang tempat pertama dalam pertandingan mencipta lagu sekolah. Penciptanya ialah En Zulfikri Azlan dari tingkatan 5A yang kini bertugas di Jabatan Laut Sarawak di Sibu.. Sebanyak sepuluh buah lagu telah dipertandingkan yang diadili oleh Pn Hajah Fatimah, En. Phang Sin Nam, En Billy Yapp dan Pn Teresa Li (mendiang). Pemenang pertama menerima hadiah sebanyak RM 100.00, tempat kedua RM 80.00 dan tepat ketiga RM 50.00.  Berikut adalah keputusan penuh pertandingan tersebut :

Tempat Pertama       : En Zulfikri Azlan (5A)
Tempat Kedua          : Kumpulan Jong Siaw Ling
                                Kang Teok Koon
                                Bunging Gangkok
                                Kamisiah Aminah Kassim
Tempat Ketiga         :  Yang Chia Ching (5G)
Sagu Hati                :  Cikgu Siva Kumar a/l Elithamby
                                 Mike Meikenzie

     Lirik lagu ini ditulis sendiri oleh En Zulfikri Azlan, kemudiannya telah diubah sedikit oleh Pn Hajah Fatimah bagi memastikan lagu ini sedap didengar. Sebahagian daripada melodinya juga diperbaiki sedikit oleh Cikgu Phan Sin Nam. Lagu ini diperdengarkan dengan iringan gitar oleh En Zulfikri Azlan sendiri yang kemudiannya telah diiringi dengan piano oleh Cikgu Billy Yapp. Lagu yang ada sekarang masih mengekalkan melodinya yang asal tetapi telah  dimurnikan semula dengan memasukkan pelbagai instrumen muzik dengan menggunakan komputer yang diusahakan oleh Cikgu Thadzul Azali  ( Kini pensyarah IPG Batu Lintang)
     

BERSATU MEMAJUKAN SEKOLAH

Bersatu kita bersama
Untuk memajukan sekolah
Kita berpegang dengan cogan kata
Jangan bertangguh bunyinya

Terus berjuang dan berbakti
Kepada ibu pertiwi
Kita hidup aman dan berharmoni
Kekal dan terus bersemadi

Inilah sumpah dari kami semua
Untuk meningkatkan kemajuan negara
Kami pelajar dari SMK Pending
Terus mencurahkan bakti

Marilah kita berikrar bersama
Tekun berusaha mencapai cita-cita
Pelajar dan guru berkerjasama
Majukan SMK Pending

Piagam Pelanggan SMK Pending

Kami, guru-guru SMK Pending, dengan ini berikrar akan berusaha mempertingkatkan mutu pendidikan di sekolah kami sejajar dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Negara. Kami berazam untuk meneruskan kecemerlangan melalui usaha yang gigih dan berjuang dalam satu pasukan petugas yang dinamik, bertanggungjawab, berdedikasi, serta memberi komitmen yang tinggi ke arah perkhidmatan yang berkualiti pada setiap masa dalam merealisasikan wawasan kami untuk membina SMK Pending sebagai sebuah sekolah yang berkesan.

Matlamat SMK Pending

(1) Mencapai keputusan PMR dan SPM yang cemerlang dan sentiasa mengatasi peratus
kelulusan peringkat negeri dan kebangsaan.
(2) Pelajar-pelajar SMK Pending menjadi pelajar contoh dengan memiliki ciri-ciri
berikut :
(a) Berilmu dan memiliki pelbagai kemahiran
Kemahiran berfikir
Kemahiran Bahasa
Kemahiran Matematik
Kemahiran Belajar
Kemahiran Berinteraksi
Kemahiran Sains & Teknologi
Kemahiran Komputer
Kemahiran Generik
(b) Berdisiplin
(c) Boleh mengurus diri
(d) rajin
(e) Amanah
(f) Bertanggungjawab
(g) Menghormati orang lain
(h) Boleh membawa perubahan dan kemajuan
(i) Berpandangan jauh
(j) Semangat cintakan keluarga, sekolah & negara
(3) Pesekitaran dan kawasan sekolah indah dan bersih setiap masa
(4) Cemerlang dalam pelbagai bidang kokurikulum seperti sukan/olahraga,
permainan dan kelab
(5) Guru-guru mempunyai tahap progesionalisme yang tinggi dan sentiasa
memperbaiki diri supaya sesuai dengan perkembangan semasa serta dapat
menjaga imej dan martabat keguruan
(6) Kerjasama, sikap hormat-menghormati, setiakawan dan kemesraan di kalangan
pelajar dan staf menjadi amalan harian.
(7) kelas aliran Sains bertambah
(8) Menjadi sekolah Berkesan
(9) Mencapai tahap sekolah Bestari

Misi SMK Pending

Mewujudkan budaya sekolah yang kondusif untuk pembinaan keperibadian dan kecemerlangan pelajar dalam pelbagai bidang selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan keperluan pembangunan negara

SMK Pending Johan Lagi!!!!

Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen Bahagian Kuching

Pertandingan ini diadakan pada 7.4.2009 hingga 9.4.2009yang diadakan di SMK Bau Kuching. Antara pembahas yang mewakili SMK Pending ialah
1. Dalila Bt Abdullah
2. Arif Adly
3. Lydia Ak Chali
4. Fakhruddin
Sementara guru pembimbingnya ialah Cikgu Siti Sara Bt.Haji Ismail dan Cikgu Ainelan
Berikut kronologi pertandingan tersebut

Selasa (7.4.2009)
Pusingan Awal : Tajuk Pengambilan Pekerja Asing Patut Dihentikan
SMK Pending VS SMK St. Mary...... SMK Pending menang

Rabu (8.4.2009)
Pusingan Suku Akhir : Tajuk Kemasukan Filem asing Wajar disekat
SMK Pending VS St.Teresa ..... SMK Pending menang.

Rabu (8.4.2009)
Pusingan Separuh Akhir : Tajuk Had Umur Pesaraan Kakitangan Awam Wajar dinaikkan
SMK Pending VS Kolej DPHA Kuching ... SMK Pending menang

Khamis (9.4.2009)
Pusingan Akhir : Tajuk Mata Pelajaran Matematik dan Sains Wajar Menggunakan Bahasa
Melayu
SMK Pending VS SMK Lake >>> SMK Pending Johan

Dengan kemenangan ini SMK Pending mewakili Bahagian Kuching ke Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen ke Bandar Sri Aman pada 15.4.2009 hingga 17.4.2009. Sekian selamat berjuang.

Keputusan Peperiksaan STPM 2008














Keputusan Peperiksaan STPM SMK pending secara keseluruhannya ialah 100 % iaitu peningkatan sebanyak 5.56%. Berikut adalah keputusan mengikut subjek. Sila Klik pada keputusan untuk melihat imej lebih besar.
Ini pula adalah senarai pelajar yang mendapat keputusan cemerlang
1. Sim Joo Chin 6 Atas Sains. mendapat 4A
2. Sim Siew Ying 6 Atas Sains mendapat 3A, 1A-
3. Umar Bin Pa'ee 6 Atas Kemanusiaan mendapat 2A, 2B
4. Nurliza Bt.Rosli 6 Atas Kemanusiaan mendapat 2A, 1B, 1C

Sambutan Maulidur Rasul 2009

Sambutan Maulidul Rasul peringkat sekolah telah dianjurkan oleh Persatuan Pelajar Islam SMK Pending yang di adakan pada hari Jumaat 10 April 2009. Sambutan ini telah dirasmikan oleh Cikgu Roslan Juis. Pelbagai aktiviti telah diadakan, antaranya

1. Pameran "Suburkan Kembali Cinta itu"
Didalam pameran ini, semua pelajar dan guru boleh mengambil bahagian dimana terdapat
soalan-soalan kuiz disediakan. Terdapat lima hadiah disediakan.

2. Pemeriksaan kesihatan percuma.
Semua warga Pending dijemput ke kaunter untuk memeriksa tahap kesihatan mereka. Guru yang menjadi penasihat kesihatan ialah Cikgu Andi Arjuna

3. Persembahan Slide Show "Tangisan dibumi Palestin"
Slide show ini cuba memberikan kesedaran, keinsafan dan rasa bersyukur kita terhadap
keamanan dan kesejahteraan yang kita nikmati berbanding dengan saudara kita yang
sentiasa dalam kemusnahan.

4. Bacaan Al Quran oleh adik Normaizatul Hana

5. Persembahan nasyid pelajar

6. Bacaan Puisi UntukMu Muhammad oleh adik Nabilah

7. Ceramah Maulidur Rasul "Muhammad : Idola Sepanjang Zaman.
Oleh Ustaz Azmi Shari; Penasihat Haji dan Umrah merangkap Penasihat
Agama YAB Fadhilah Yusuf

8. Penyampaian Hadiah kepada :
a. Pemenang Kuiz
b. Pelajar yang menunjukkan komitmen pada ceramah
c. Berpakaian mengikut syariat Islam

Berikut adalah gambar-gambar menarik sekitar Sambutan Maulidur Rasul




Bacaan alQuran oleh adik Normaizatul Hana
surah yang dibaca ialah surah Al-Mukminum
ayat 1 hingga 13








sebahagian daripada sudut pameran yang
bertemakan "Suburkan Kembali Cinta itu"








Salah seorang pelajar yang pergi
ke kaunter "Pemeriksaan Kesihatan Percuma"







Slide Show Air Mata Palestin









Sebahagian daripada pelajar yang datang
pada hari itu untuk sama-sama memeriahkan
Sambutan Maulidur Rasul








Dua orang pelajar yang menjadi
juruacara pada hari tersebut







Pelajar-pelajar tekun menyaksikan tayangan
video pendek berjudul "Tangisan di Palestin"







Persembahan Puisi








Persembahan Nasyid










Cikgu Roslan Juis menemani penceramah








Ceramah motivasi oleh Ustaz Azmi Shaari
yang bertajuk Muhammad Idola Sepanjang
Zaman







Ustaz Azmi juga menyampaikan lagu nasyid
beliau sambil berceramah yang berjaya menarik
pelajar mendengar ceramahnya.









Adik Nabilah dengan kisah Nabi Adam A.S









Sebahagian daripada pelajar yang menerima hadiah



























Sambutan Maulidur Rasul SMK Pending
diakhiri dengan Selawat ke atas Nabi

 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners