Semarak Tari Peringkat Kebangsaan


Gambar-gambar menarik sempena Semarak Tari Peringkat Kebangsaan yang diadakan di SMK Pending baru-baru ini. Pelajar dari Selangor, Labuan dan Perak telah mengadakan latihan tersebut

Pertandingan Pidato Pra Universiti Sekolah Menengah Bahagian Kuching

Pertandingan ini diadakan di Dewan SMK Green Road baru baru ini. Sebanyak tujuh buah sekolah telah menyertai pertandingan ini. Cikgu Zamrah Wahab telah mengiringi pelajar ke pertandingan tersebut. SMK Pending diwakili pelajar tingkatan 6 Atas 1 iaiaitu Daniel.  Berikut keputusan pertandingan

Johan : SMK Green Road
Naib Johan : SMK Green Road
Tempat Ketiga : SMK Pending



Pameran Pendidikan dan Kerjaya

Pameran ini dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling. Tujuan pameran ini adalah untuk membimbing para pelajar tentang hala tuju mereka apabila tamat belajar diperingkat sekolah. Pameran ini ditujukan khas kepada semua pelajar tingkatan 5 dan 6 Atas. Sebanyak 13 buah institusi telah mengambil bahagian dalam pameran ini. Pelajar secara bergilir-gilir datang ke Pusat Pameran yang diadakan di Blok Kemahiran Hidup.



 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners