Majlis Graduasi dan Anugerah Cemerlang SMK Pending

Majlis Graduasi dan Anugerah Cemerlang SMK Pending merupakan satu pengiktirafan yang diberikan kepada pelajar yang telah menunjukkan prestasi cemerlang sebagai tanda penghargaan daripada pihak sekolah. Sehubungan dengan itu, adalah diharapkan dengan wujudnya penganugerahan ini maka akan menjadi satu pemangkin baru kepada pelajar untuk terus berusaha dan memberi sumbangan kepada sekolah dalam semua bidang. Ia juga mendorong semua pelajar untuk cemerlang bukan sahaja dalam bidang akademik tetapi juga terus melibatkan diri dan mengambil bahagian dalam segala aktiviti yang dianjurkan oleh sekolah. Pengiktirafan Kecemerlangan ini juga akan menjadi satu pengiktirafan kecemerlangan yang jitu, mantap dan adil kerana dinilai daripada semua aspek kecemerlangan.

Majlis diserikan lagi dengan kehadiran YB Dr. Kelvin Yii Lee Wuen, Ahli Parlimen Bandar Kuching. Acara dimulakan dengan perarakan masuk pelajar tingkatan 6. diikuti dengan persembahan tarian menyambut tetamu. Pengetua kemudiannya berucap mengenai latar belakang sekolah dan kejayaan yang telah dicapai. Para ibubapa dan guru kemudiannya dipersembahkan dengan pertunjukan slaid diikuti pula dengan Ucapan Perasmian oleh Tetamu Kehormat, YB Dr. Kelvin Yii Lee Yuan. Pelajar kemudiannya menerima hadiah mengikut kategori yang telah ditetapkan. Kemuncak dari majlis ini ialah persembahan tarian kipas dan juga lagu The Climb yang dipersembahkan pelajar tingkatan 6.



















Senamrobikton SMK Pending 2018

Senamrobikton SMK Pending 2018 telah diadakan pada 20 Oktober 2018. Antara objektif aktiviti ini adalah :

1. Mengutip dana untuk tabung PIBG bagi pembangunan prasarana sukan dan program akademik
2. Memenuhi program dalam Dasar 1 Murid 1 Sukan
3. Memenuhi program RIMUP sekolah

Aktiviti dimulakan dengan pendaftaran tetamu dan ibubapa. Pelajar juga diambil kehadiran oleh guru tingkatan masing masing. Pelajar dan ibubapa kemudiannya bergerak ke tempat letak kereta untuk memulakan senamrobikton. Gimik pelancaran telah diadakan yang merupakan perlepasan belon sebagai menandakan bermulanya senamrobikton. Belon telah dilepaskan oleh YDP SMK Pending.

Sementara itu acara sukan negara juga berlangsung seperti merentas desa, takraw, bola keranjang, ping pong dan futsal. Kemucak aktiviti pada hari ini ialah pemberian hadiah kepada para pelajar dan guru yang berjaya mengutip kutipan terbanyak kad senamrobikton. Hadaiah disampaikan oleh YDP SMK Pending diiringi Pengetua SMK Pending. Selain itu penjualan food struck juga diadakan. Majlis diserikan lagi dengan kehadiran YB Cik Violet Yong Wui Wui.

























 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners