Lawatan penilaian lapangan oleh panel penilai Serasi

Lawatan penilaian lapangan oleh panel penilai Serasi telah diadakan pada 25 September 2017, Program ini dikendalikan oleh Pn Ho Yoke Yeng (Guru Kelab Pals tingkatan 6) dan semua Pasukan Tranformasi Kebersihan dan Keceriaan Sekolah

Rombongan panel penilai Serasi terdiri daripada Encik Abdul Rashid b. Bungsu (Ketua), Pn. Sitty Dilailah Ibrahim, Encik Firdaus dan Pn. Dyg Siti Munira dari NREB dan Jabatan Perhutanan.

Tujuan lawatan ini ialah untuk membuat pengesahan terhadap maklumat yang dinyatakan di dalam laporan Serasi. Mereka juga telah memberi pandangan dan cadangan aktiviti yang boleh dilakukan di sekolah untuk melahirkan masyarakat yang peka dan prihatin terhadap alam sekitar.


SMK Pending Berjaya sehingga ke peringkat ketiga (terakhir) dalam program ini. Semoga usaha warga SMK Pending ini akan membuahkan kejayaan

Taklimat di Bilik APD

Memerhati info Kelab Pals di kantin     


Memerhatikan info di Dataran Kejat



Bergambar dengan pegawai serasi.

 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners