SMK Pending diserang sekumpulan penyengat

Berita menggemparkan apabila sekumpulan penyengat telah membuat sarang di Blok C bangunan sekolah SMK Pending. Bagaimanapun tidak ada serangan yang berlaku. Pihak pentadbir telah memanggil mereka yang berkenaan untuk membuang sarang penyengat itu. Seramai 3 orang telah datang bagi menghalau dan membuang sarang penyengat itu. Semua pelajar yang berada di blog berkenaan diarah pergi ke Dewan untuk keselamatan. Bagaimanapun operasi ini tidak mengambil masa yang panjang




KOKO FAIR!!!!!!









KoKo Fair telah diadakan pada 27.1.2010. Aktiviti ini sebenarnya bertujuan untuk memperkenalkan aktiviti-aktiviti yang dijalankan unit beruniform sambil menarik/mendaftar pelajar yang berminat untuk menyertai mana-mana unit beruniform yang ditawarkan di SMK Pending.
Program ini akan dijadikan aktiviti tahunan dan dimasukkan ke takwim sekolah memandangkan sambutan yang luar biasa dari setiap unit beruniform. Sekalung tahniah kepada semua yang terlibat terutama AJK Tingkatan 6, guru-guru penasihat dan pihak pentadbir yang memberi ruang untuk mengadakan aktiviti ini
Laporan disediakan oleh

En Roslan Juis (Inspektor(K)
Guru Penyelaras Unit Beruniform

Program Motivasi Pengawas sesi 2009/2010




Program ini berjaya dijalankan dengan lancarnya pada 16 Januari 2010 bertempat di Dewan Global SMK Pending. Pelbagai aktiviti telah dijalankan yang dikendalikan oleh guru kaunseling SMK Pending dengan dibantu oleh guru-guru disiplin.
Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah

1. Ceramah motivasi oleh Puan Ngien Jin Nee
2. LDK 1 - Mengenalpasti kegagalan dan usaha memperbaikinya
3. LDK 2 - Berani tampil ke hadapan oleh Cikgu Mos Sinus
4. LDK 3 - Siapa lebih berhak oleh Pn Norezayu dan Yang Mulia Cik Raja Nurulhuda

Antara fasilitator yang terlibat

1. En Zaidi Morni
2. Pn Siti Sara
3. En Mohd Yaakub
4. En Richard Soon
5. En Alexander
6. Pn Marylene
7. En Paong Langkas
8. En Khalic
9. En Puni
10 En Robert

 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners