Pertandingan Bakat Seni SMK Pending

Kelab Bahasa Cina SMK Pending telah menganjurkan pertandingan bakat seni 2009. Aktiviti ini merupakan aktiviti tahunan. Pertandingan ini telah diadakan pada 20 Jun 2009. Objektif pertandingan ini adalah untk mencungkil bakat pelajar disamping memberi keyakinan diri berhadapan penonton. Sambutannya sangat menggalakkan jika dilihat bilangan peserta yang mengambil bahagian.

Pertandingan ini dibahagikan kepada dua kategori iaitu kategori nyanyian dan kategori tarian. Bagi kategori nyanyian seramai 20 orang peserta telah mencuba bakat mereka sementara kategori tarian pula terdiri daripada 9 buah kumpulan. Barisan hakim terdiri daripada guru-guru SMK Pending dan juga kumpulan Feasible Crew. Feasible Crew kemudiannya membuat persembahan yang amat mempersonakan. Mereka ini merupakan sebuah kumpulan yang terkenal di Kuching.

Berikut adalah keputusan pertandingan bakat seni dan nyanyian

Bagi Kategori Nyanyian
1. Johan Lam Kian Xung (4E)
2. Naib Johan Louis Cheong (2D)
3. Tempat ketiga Chan Yin Ing (5S3)
4. saguhati Lim Jing Hong,Bong Chiew Chin dan Soo Wei Chen

Bagi kategori Tarian
1. Johan Kumpulan BG Junior
2. Naib Johan Kumpulan Soul Playzer'z
3. Tempat ketiga Kumpulan Scatter Crew


Johan Nyanyian


Naib Johan dan tempat ketiga nyanyian


Johan Kumpulan BG Junior. . Ahli Kelab Bahasa Cina


Naib Johan Soul Playzer'z dan tempat ketiga Scatter Crew

Hari Koperasi Sekolah di SMK Pending



Gambar-gambar aktiviti Hari Koperasi Sekolah SMK Pending




Pada hari ini (22.6.2009) SMK Pending telah melancarkan sambutan Hari Koperasi peringkat sekolah. Sebenarnya sambutan Hari Koperasi Sekolah mula disambut sejak tahun 1995 dan tahun ini merupakan tahun ketiga HKS disambut diperingkat sekolah. Sambutan Hari Koperasi ini disambut untuk memberitahu kepada warga sekolah dan masyarakat setempat akan kewujudan koperasi sekolah dan peranan yang dimainkan untuk mendidik para pelajar supaya mempunyai jatidiri yang murni selaras dengan prinsip, nilai dan amalan koperasi. Koperasi sekolah telah berjaya memainkan peranan sebagai satu entiti penting di sebuah sekolah dalam usaha menyemai nilai-nilai koperasi di kalangan anggota.

Sambutan Hari Koperasi bermula pada 21 hingga 27 Jun 2009. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan di sekolah ini ialah

1. Perhimpunan Khas

2. Penanaman pokok

3. Jualan Promosi di koperasi sekolah-potongan sebanyak 5%

4. Aktiviti gotong royong

5. Lagu koperasi semasa waktu rehat

6. Ceramah berkenaan Koperasi sekolah

Perhimpunan khas yang diadakan di sekolah ini melibatkan aktiviti bacaan perutusan iaitu

Perutusan daripada Yang dipertua Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) yang dibacakan oleh adik Jovita

Perutusan daripada Pengerusi Eksuktif Suruhanjaya Koperasi Malaysia yang dibacakan oleh adik Nabila Syazwani

Perutusan daripada Yang Berhormat Menteri Pelajaran Malaysia yang dibacakan oleh cikgu Kho Tong Soon

Pelajar juga dikehendaki menyanyikan lagu koperasi secara beramai-ramai dan selepas itu lafaz ikrar koperasi juga dibacakan yang diketuai oleh adik Eko Ronaldwan.

Sempena sambutan Hari Koperasi peringkat sekolah, pihak koperasi SMK Pending telah mengagihkan cenderahati kepada guru-guru sekolah ini. Sambutan Koperasi peringkat sekolah bagi SMK Pending dirasmikan dengan jayanya oleh PK Hem iaitu Puan Wong Nguk Chin.

 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners