Majlis Anugerah Ikon Belia 2011



Kementerian Belia dan Sukan Malaysia telah mengadakan majlis Anugerah Ikon Belia Peringkat Ngeri Sarawak yang bertempat di Hotel Pullman Kuching pada 7.1.2011. Anugerah tersebut adalah bagi menghargai sumbangan golongan belia negeri Sarawak dalam bidang masing-masing yang sekaligus akan menjadi inspirasi kepada golongan belia lain untuk mencapai kecemerlangan.

Persatuan Pandu Puteri dari SMK Pending telah diberi penghargaan dan dijemput untuk menghadiri majlis tersebut. Persatuan Pandu Puteri telah menghantar 4 orang pelajar dan seorang guru pengiring. Mereka yang dimaksudkan itu ialah Puan Rokiah Zainal sebagai guru pengiring, beserta empat orang pelajar iaitu Ferralonna ak Mackie, Yap Suk Kian, Kueh Mei Fung dan Cathriny Castero

Ceramah Motivasi Jati Diri


Ceramah ini telah diadakan pada 27 Januari 2011 di Dewan Global SMK Pending. Program ini telah dikendalikan oleh pihak Twintech dengan penceramahnya ialah Puan Suzane. Antara objektifnya ialah untuk meningkatkan kesedaran pihak pelajar dalam menguasai teknik belajar yang berkesan disamping mengenali potensi diri.

 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners