Pertandingan Puisi dan Lagu



Pertandingan Puisi dan Lagu berlangsung di SMK Batu Kawa pada 18 dan 19 Mei 2009. SMK Pending turut serta dalam pertandingan tersebut dan telah menghantar wakil seramai enam orang terdiri daripada Sambang (6A1), Carlson 6A2, Stephnie 6A1,Stefner 4S1,Cleansy 5S1 dan Mohd Nazri 6A1.



Walaupun tidak mendapat tempat dalam lapan yang terbaik tetapi pihak kami berasa bersyukur kerana penyertaan ini memberi pengalaman dan peluang untuk kami belajar dan membaiki kesilapan. Tahniah buat SM Seni yang merupakan johan bagi pertandingan tersebut.

PERKHEMAHAN TAHUNAN PKBM(L) PERINGKAT NEGERI SARAWAK

Perkhemahan Tahunan PKBM(L) Peringkat Negeri Sarawak telah diadakan di Pusat Kokurikulum Negeri di Santubong dari 21.5.2009 hingga 24.5.2009. SMK Pending telah menghantar 33 orang ahlinya yang diiringi oleh Cikgu Mohd Yaakub, Cikgu Andy Arjuna,Cikgu Thian Hian Fah, Cikgu Rafidah dan Cikgu Zaidi Morni.


Terdapat banyak aktiviti yang dijalankan semasa berkhemah di sana. antara aktiviti tersebut ialah :


1. Ikthiar Hidup

2. Jalan Lasak

3. Persembahan Kebudayaan

4. Kawad Kaki

5. Pengucapan berirama


Smk Pending sekali lagi berjaya mendapat johan dalam Ikhtiar Hidup dan Jalan Lasak, manakala persembahan kebudayaan dan kawad kaki mendapat tempat kedua. Bagi Pengucapan berirama pula SMK Pending mendapat tempat ketiga


Sementara itu keputusan untuk Ketua Platun Terbaik dimenangi oleh pelajar SMK Pending iaitu BM Stanley Fairy. Kadet Terbaik pula juga dari SMK Pending iaitu LK Jessica ak Gayar


Tahniah kepada Pasukan Kadet Laut SMK Pending yang telah berjaya mengharumkan nama sekolah.

Pertandingan Lagu Puisi

Program LDP berasaskan sekolah SMK Pending


Pada 23.5.2009 SMK Pending telah mengadakan program LDP berasaskan sekolah. Program ini sebenarnya memberi latihan dalaman kepada guru-guru SMK Pending. Penceramah bagi LDP ini ialah :


1. Puan Maria Mitin - Tajuk Kursus Pengelolaan dan Pengurusan Mesyuarat


2. En.Mansor Zainal - Tajuk Penulisan Blog dalam P & P


3. Pn Ho Yoke Yeng - Tajuk "Scratch" (Basic Programing)


Latihan dalaman ini bermula dari pukul 8.30 pagi hingga pukul 1.00 tengah hari

 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners