Gotong Royong Sekolah

Gotong royong ini diadakan pada 4 Ogos 2018 yang melibatkan guru dan ibu bapa. Objektif gotong royong ini adalah untuk menggalakkan penglibatan ibu bapa dengan program-program sekolah disamping mengeratkan hubungan ibu bapa dengan warga sekolah. Ini merupakan salah satu program yang melibatkan ibu bapa seperti yang ditetapkan  oleh kementerian dalam eSarana. Program lain yang melibatkan ibu bapa ialah Hari Pendaftaran Ting.1, Hari Penetapan Target-PT3,spm,stpm, Mesyuarat.Agung Pibg, Hari Pelaporan/HBIB, hari sukan dan majlis Anugerah pelajar. Aktiviti gotong royong adalah aktiviti sampingan yang boleh mengeratkan hubungan antara pihak sekolah dan ibu bapa demi masa depan anak-anak mereka.

Seramai lima belas orang dari pihak Ibu bapa telah hadir dalam aktiviti ini. Gotong royong ini melibatkan pembersihan kawasan sekitar Blok A, B dan C, Blok KH dan taman-taman sekolah. Taklimat telah diberi oleh Tuan pengetua dan YDP PIBG di kantin sekolah sebelum memulakan aktiviti gotong royong











Sila Klik link ini untuk gambar-gambar yang lain

 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners