Program Orientasi Tingkatan Enam Rendah SMK Pending 2010






Program Oreintasi Tingkatan Enam Rendah telah diadakan selama empat hari bermula pada 10 hingga 14 Mei 2010. Pelbagai aktiviti dijalankan antaranya ialah:
1. Subjek yg ditawarkan
2. Motivasi kepada pelajar-pelajar
3. Prospek yang ada untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Universiti.
4. Pesanan dan amanat daripada pengetua.
5. Aktiviti Ko-Kurikulum yang ditawarkan

Aktiviti-aktiviti ini berjalan dengan lancar dan pada hari terakhir, Puan Kamariah telah melawat ke sekolah SMK Pending bagi melihat sendiri aktiviti-aktiviti yang dijalankan

Kejohanan Sofball Peringkat Negeri Sarawak 2010



Kejohanan Sofball Peringkat Negeri Sarawak telah diadakan di SMK Lake, Bau. Ada dua kategori dipertandingkan iaitu Lelaki 15 dan Lelaki 18 tahun. Sebanyak lima buah sekolah mengambil bahagian dalam kategori Lelaki 15 dan SMK Pending mendapat tempat ketiga. Kategori 18 tahun pula memperlihatkan lebih banyak sekolah menyertainya iaitu sebanyak sembilan buah sekolah. SMK Pending juga menyertai kategori ini tetapi hanya sekadar penyertaan sahaja.

Kejohanan Kriket Peringkat Negeri Sarawak 2010





Kejohanan Kriket Peringkat Negeri Sarawak telah diadakan di SMK Paku, Bau. Terdapat 9 buah sekolah yang menyertai pertandingan ini dan SMK Pending merupakan salah sebuah sekolah yang mengambil bahagian. Bagaimanapun SMK Pending gagal mendapat tempat dalam kejohanan ini. Bagaimanapun mereka ini mendapat pengalaman yang berguna dengan menyertai pertandingan ini.

 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners