Hari bersama ibubapa

Keputusan peperiksaan satu telahpun diketahui dan pada hari ini 9.4.2016 (Sabtu), satu perjumpaan telah diadakan antara ibubapa dan guru bagi berbincang dan bersemuka demi kebaikan anak-anak mereka dalam usaha meningkatkan prestasi anak-anak mereka. Diharapkan perjumpaan ini dapat menjadi pemangkin kepada para pelajar untuk terus berusaha meningkatkan pencapaian akademik mereka.







Alumni SMK Pending

Atas usaha Tuan Pengetua SMK Pending En Ivor Lim, Alumni SMK Pending telah menjadi kenyataan apabila satu perjumpaan diadakan di hotel Penview. Seramai lebih 300 orang bekas pelajar telah hadir pada perjumpaan kali ini melibatkan bekas pelajar seawal tahun 1978. SMK Pending telah ditubuhkan pada tahun 1975 dan sehingga sekarang sekolah ini berkembang maju sehingga menjadi pusat tingkatan 6. Perjumpaan yang dikatakan amat berjaya telah membentuk jawatankuasa Alumni SMK Pending. Berikut AJK Alumni SMK Pending

Penasihat      : En Ivor Lim
Presiden        : Dr. Peter Ting
Setiausaha    : Pn Agnes Liu
Bendahari     : Mr Peter Ho
AJK              : Clement Lim
                        Andy Lo
                        Kenneth Law

Syabas dan tahniah kepada bekas pelajar SMK Pending kerana berjaya mengadakan Alumni kali yang pertama. Semoga penubuhan ini memberi menafaat kepada SMK Pending.









Lawatan ke KD Perak

PKBM (L) SMK Pending telah mengadakan lawatan ke kapal KD  Perak  pada 8.4.2016. Kapal ini  berlabuh di Pelabuhan Pending. Seramai empat orang guru pengiring telah mengiringi pelajar untuk melihat sendiri kehebatan kapal KD Perak. Mereka ialah Cikgu Mohd Yaakub, Cikgu Mansor Zainal, Cikgu Helen Tatom dan Cikgu Hasni Hashim. Pelajar telah diberi penerangan oleh pegawai yang bertugas. Selama satu jam mereka berada di kapal untuk mendengar kelebihan kapal KD Perak. Diharapkan lawatan ini membawa menafaat kepada para pelajar terutamanya yang berminat untuk menceburi bidang kerjaya sebagai tentera laut.







Pameran Pendidikan dan Kerjaya SMK Pending

Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Pending telah mengadakan pameran pendidikan dan kerjaya pada 7 April 2016. Pameran ini merupakan pameran terbesar pernah diadakan yang telah dirasmikan oleh Tuan Pengetua Mr Ivor Lim. Sebanyak 32 institusi swasta telah terlibat dalam pameran ini. Semua pelajar dari tingkatan 4 hingga tingkatan 6 dijemput hadir untuk melihat peluang-peluang yang ada untuk melanjutkan pelajaran.






Pelancaran Bulan Bahasa dan Persaraan Cikgu Mos Sinus

Pada hari ini (4.4.2016) Unit Bahasa telah melancarkan Bulan Bahasa. Pelbagai aktiviti akan diadakan sempena bulan bahasa ini. Pelajar SMK Pending dialu-alukan untuk menyertai pertandingan yang dianjurkan oleh panitia bahasa.

Pada masa yang sama pihak sekolah juga telah memberikan penghargaan kepada cikgu Mos yang akan tamat tempoh perkhidmatannya pada 8 April 2016. Cikgu Mos telah berkhidmat selama 25 tahun di SMK Pending bermula tahun 1991 hingga 2016. Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih atas khidmat beliau selama ini. Selamat bersara Cikgu Mos.







Sukan Sekolah 2016

Kejohanan Sukan sekolah telah diadakan pada 23 dan 24 Mac 2016. Kejohanan ini berlangsung selama dua hari iaitu bertempat di Sekolah Sukan Tabuan Jaya dan hari berikutnya diadakan di sekolah sahaja. Kejohanan melibatkan acara padang dan balapan. Berikut keputusan pertandingan tempoh hari

Johan Sastria
Naib Johan Kenari
Tempat ketiga  Waja
Tempat keempat Perdana.

Semoga tahun hadapan akan lebih mariah lagi kejohan ini dan bagi rumah yang tidak mencapai kejayaan yang membanggakan bolehlah berusaha dengan lebih giat lagi untuk tahun hadapan







 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners