Ujian PERMATApintar SMK Pending


Sebahagian daripada pelajar SMK Pending yang
mengambil Ujian PERMATApintar.

Ujian PERMATApintar UKM 1 adalah ujian IQ yang dibina setara dengan Ujian Raven Progressive Matrices. Ujian ini berbentuk ujian atas talian yang boleh dicapai melalui lawan web PERMATApintar di alamat: http://www.permatapintar.com.my/ujian1/ujian1 dan dibina oleh sekumpulan penyelidik dari Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Ujian PERMATApintar UKM 1 ini adalah dalam Bahasa Malaysia dan sesuai digunakan untuk menyaring darjah kecerdasan (IQ) pelajar dari umur 9 hingga 15 tahun. Untuk menggunakan ujian saringan ini, pelajar hanya perlu tahu perkara-perkara asas penggunaan komputer seperti: menggunakan tetikus dan papan kekunci. Perlu diingatkan bahawa pelajar tidak dibenarkan mendapatkan bantuan dari orang lain semasa mengambil ujian saringan ini, dan setiap pelajar hanya dibenarkan mengambil ujian saringan ini sekali sahaja. Pelajar akan diminta memasukkan biodata mereka sebelum memulakan ujian saringan ini.

Pelajar tidak diberikan had masa untuk menjawab semua soalan dalam ujian saringan ini. Bagaimana pun, jumlah jam atau minit sebenarnya yang digunakan untuk menjawab semua soalan dalam ujian ini akan diambil kira untuk membolehkan pelajar meneruskan ke ujian saringan ke dua.


Ujian PERMATApintar UKM 2 adalah ujian saringan yang dibina setara dengan ujian WISC-IV. Ujian saringan ini mempunyai 15 bahagian yang menguji pelbagai aspek kepintaran kognisi termasuk aspek perbendaharaan kata, pencarian symbol, pengulangan nombor, pemadanan pola atau bentuk, pemahaman dan koding. Ia dibina dalam talian dan boleh dicapai dari laman web http//: www.permatapintar.com.my. Untuk menjalani ujian saringan ini, pelajar harus melepasi ujian saringan yang pertama iaitu: Ujian PERMATApintar UKM 1. Hasil ujian saringan ini akan dipaparkan mengikut kategori berikut: (a) Indeks Pemahaman Lisan(b) Indeks Penaakulan Persepsi(c) Indeks Daya Ingatan Bekerja (d) Indeks Kelajuan Memproses Maklumat.

Ujian PERMATApintar UKM 3 dibina setara dengan ujian Stanford-Binet. Ujian ini dibina untuk menguji kepintaran dalam empat aspek iaitu: (a) Penaakulan Lisan(b) Penaakulan Kuantitatif(c) Penaakulan Abstrak dan Visual (d) Daya Ingatan Sementara. Untuk menjalani ujian saringan ini, pelajar harus melepasi ujian saringan yang ke dua iaitu: Ujian PERMATApintar UKM 2.


Rupa bentuk sekolah PERMATApintar

Tujuan ujian PERMATApintar sebenarnya adalah untuk mencari pelajar yang pintar cerdas. Mereka yang melepasi tiga tahap ujian ini akan melalui program perkhemahan cuti sekolah yang dikendalikan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia. Mereka yang berjaya akan ditempatkan di sekolah PERMATApintar yang akan dibina khusus untuk pelajar pintar cerdas ini.

SMK Pending Johan Keseluruhan Pertandingan Tarian Sekolah-sekolah Menengah Bahagian Kuching


Pertandingan tarian peringkat sekolah menengah bahagian Kuching telah diadakan di TAZA IPGM kampus Batu Lintang dari 11 hingga 13 Mei 2009. Pertandingan ini dibahagikan kepada dua kategori iaitu


1. Tarian Etnik/rakyat

2. Tarian Rampaian Melayu

Berikut ialah mereka yang terlibat dalam pertandingan ini :

Ketua Kontinjen
Tuan Pengetua En.Joseph Ng.

Pengurus Pasukan
Encik Abdul Hamid Alias

Guru pengiring
Cikgu Catherine Leonard
Cikgu Nordin Hamat

Seramai 10 orang pelajar SMK Pending telah mengambil bahagian. Pasukan ini dibimbing oleh Encik Safri Hamden dari Unimas.

Keputusan pertandingan
Terbaik Rampaian Melayu dimenangi oleh SMK Pending
Terbaik Etnik Tun Abang Haji Openg
Busana Terbaik SMK Paku

Keputusan Keseluruhan
Tempat pertama SMK Pending
Tempat Kedua Tun Abang Haji Openg
Tempat Ketiga SMK Lundu
Tempat Keempat SMK Siburan
Tempat Kelima SMK Paku
Tempat Keenam Sekolah Seni

Dengan ini SMK Pending sekali lagi menjadi juara keseluruhan dalam pertandingan ini dan akan mewakili bahagian Kuching ke pertandingan peringkat negeri. pertandingan ini akan diadakan di Sarikei pada 23 hingga 25 Jun 2009. Nantikan kehebatan SMK Pending!!!!




Kejohanan Sukan SMK Pending kali ke 29



Sukan Tahunan SMK Pending kali ke 29 telah diadakan pada 28 dan 29 April 2009. Acara padang telah diadakan di padang Sekolah iaitu pada 28 April 2009, acara balapan pula telah diadakan pada keesokkan harinya di Padang Jubli. Kejohanan ini melibatkan empat buah rumah sukan iaitu Kenari, Waja, Sastria dan Perdana. Keputusan keseluruhan:

Johan rumah Sastria
Naib johan rumah Perdana,
tempat ketiga rumah Waja
tempat terakhir rumah Kenari.

Sementara itu atlit lelaki terbaik dimenangi oleh Stefaan Lopez dari rumah Sastria

Bagi atlit perempuan pula dimenangi oleh Kathy ak Semit dari rumah Perdana.




Kelab Pals SMK Pending Kuching


Kelab Pals SMK Pending telah melancarkan aktivitinya pada . Aktiviti ini dilancarkan dengan rasminya oleh Tuan Pengetuan En.Joseph Ng. pelbagai aktiviti telah diadakan iaitu

1. Pertandingan membuat kraftangan daripada barang terpakai dengan kerjasama Kelab Seni
2. Kutipan botol air mineral dan tin aluminium
3. Kutipan surat khabar lama
4. Sumbangan pokok bunga iaitu para pelajar digalakkan menyumbangkan satu pokok bunga untuk menceriakan kawasan sekolah
5. Pertandingan Rekacipta mengguna barang terpakai. pertandingan ini diajurkan oleh CMS Cement Sdn.Bhd. Ada hadiah menanti anda iaitu tempat pertama RM 300 00. Tempat Kedua RM 200 00 tempat ketiga RM 100 00 dan saguhati RM 50 00(tempat keempat hingga keduapuluh - yang memenuhi syarat penilaian hakim.



 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners